Thursday 8 September 2011

Pemakanan sihat di kampus

Bersempena demam melanda kaum kerabat semua nak berebut masuk kampus, maka entry ini adalah berpatutan untuk korang dan sewaktu dengannya.Bila di universiti semua melantak bedal je kan apa nak makan. sama la dengan aku. Ye la masa banyak nak pegi kuliah dan buat aktiviti segala bagai. Jadi makan pun main bedal je kan. Tambah-tambah makanan ringan sedap je bedal sambil duduk atas tilam buat mesyuarat katil hingga mata lebam empat puluh kilo..sobss




Jadi  para student yang cemerlang lagi terbilang sila ikut panduan ini ya.kemain nak bagi panduan pulakkk..


1) makan makanan yang seimbang
@ korang disarankan mengambil nutrisi sepeti buah-buahan, sayuran dan bijirin. ini untuk memastikan kesihatan   terjamin. kalau aku kan suka makan bayam mentah sambil buat aksi ala-ala popeye.hebakk kan??


2) Sumber tenusu
@ sumber tenusu ni untuk menguatkan tulang korang. Tulang korang kan selalu rapuh hingga menusuk kalbu.mana tak nya dah selalu kena 'smack down' dengan lecturer sebab tak hantar assignment. Jadi korang beli la susu anlene ke tak pun pegi perah susu lembu sendirik..


3) Minum air 
@Yang ni aku suka biarpun terpaksa kena tahan marah oleh lecturer sebab selalu ke toilet.sobss. Korang kalau nak kulit tak kering kena la selalu minum air bergelen-gelen.minum air ni juga akan keluar toksin dari badan kita.bagus kan?suka tengok time sekolah dulu student cina isi air dalam botol minyak masak yang beso tu.comel!!


4) makan tiga kali sehari.
@ yang ni aku tak setuju even aku taip.haha ye la mana nak cukup der! jadi orang lidi la gamaknya kalau aku ikut. Tapi panduan ni memang disarankan. Ye la kita tak boleh terlampau kenyang dan terlampau lapar. sudah juga kan. Jadi makan la selagi bole makan asalkan jangan keterlaluan.


tak suka makan sorang-sorang nanti teringat baju bertong-tong tak basuh.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™