Fuh akhirnya makanan yang aku idam-idamkan nak makan dari 5 bulan yang lepas tercapai juga. Akibat muak dan terasa loya, bapak aku terpaksa menurut perintah aku mencari mentarang. sebab apa?? sebab aku ngidam teramat sangat nak makan benda alah ni.heee.Mentarang? Apa ni? Sejenis 'binatang' kah atau sejenis permainan seperti bola keranjang?
Haa buat orang yang berada di utara semenanjung sememangnya dah tahu apa itu mentarang.bagaimana rupanya dan apakah rasanya. Mentarang di katakan banyak terdapat di Perlis namun selepas tsunami melanda ia juga terdapat di kawasan lain seperti Sekinchan. Kalu korang nak tahu lebih lanjut search wikipedia ni. Aku ni malas nak taip bukan apa busy bebenor ni .heeee
Ni lah rupa si pakcik mentarang ni.ohhh ensem bukan????
image:google
Mentarang ni kalau nak makan dia kena basuh betol-betol sebab banyak selut. tak pun kalau korang suka makan selut tak payah la basuh..hehe. Aku suka makan mentarang ni kalau buat bakar makan dengan air asam. Pehhh memang meleleh air liur time taip ni..muahaha. Aku kalau mentarang ni buat masak sambal ke cili api ke, pancake ke memang tak boleh masuk dalam perut aku..haramm!!
fuhhhhh!! sedap hingga menjilat ibu jari kaki;)
OK! Kalau yang belum try makan mentarang ni aku syorkan try la makan. Di jamin halal, sedap, berkualiti dan bermutu tinggi. Belum cuba, belum tahu!!;)
xpernah makan...
ReplyDeletesebab rupanya macam xbape nak oke..hehe
hehe rupa je xok sis isi dalam tu sedap tau! sumpah!;))
ReplyDelete