Saturday 18 February 2012

Blogger-blogger sekalian harap maklum.

hai blogger-blogger sekalian. Para bloggger yang hebat lagi menawan mata hati dan jantung saya. Di sini, buat malam yang nyaman lagi sejuk ini saya hanya menaip untuk menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap blog saya sendiri. Oh ayat saya sangat la skema macam tulis exam karangan bahasa melayu!!  Berbalik kepada entry aku kali ni. Aku merupakan blogger yang jarang update entry aku tapi aku merupakan silent reader para blogger termasuk kau dan kau! Yes aku suka membaca terutamanya kat blog. Aku suka tengok dan baca life kau orang. Aku suka baca tips dan macam-macam lagi la. Dan aku biarkan blog aku ni bersawang selama beberapa hari. sedih bukan? Bila aku bandingkan blog aku dengan blog kau dan kau aku rasa sangat la jauh dan kerdil sekali. Banyak lagi yang aku perlu belajar dari para blogger lain.

Nak tahu sebab aku jarang update entry? Kau orang mungkin mengalami masalah dan situasi yang sama macam aku. mungkin la kan. Antaranya ialah:


# kekangan masa
Life aku sebagai student yang "sibuk" kadang- kala menyekat aktiviti aku untuk berblog. Tapi masalahnya aku tengok blogger lain boleh je update empat lima enam entry. Ke aku yang tak pandai arrange masa ataupun aku sibuk mengalahkan perdana menteri??



# Tak da idea
hah yang ni aku tak suka. Time aku tak busy kemain idea tak da pulak! tapi time aku busy macam lipas kudung pula, idea kemain mencurah-curah ke langit. Dah tu masa nak taip entry xda pula. Memang tak berjalan la aku taip entry jawabnya. Benci tau!!



# Life aku tak best macam kau orang
Aku ni banyak menghabiskan masa terperap dalam bilik atau lebih tepat aku ni jarang keluar. Puteri lilin kononnya.Haha. Pergi kelas,  bergosip-gosip dengan kawan-kawan kejap dua tiga jam then tidur. Sangat tak best kan? Dan aku sangatlah jeles tengok blogger lain ada life yang sangat best. Diorang join event dengan blogger. Aku nak macam tu tapi aku segan dan malu.Kau orang tak nak ke ajak aku? Erkkk!^^


#Internet lembab
Aku paling tak suka juga internet kat kolej aku ni. Dah bayar tapi lembab mengalahkan siput sedut. orang nak buat kerja berfaedah cari maklumat pun terkandas. Dah tu aku pun malas la nak online. Tutup latop terus tidur golek-golek lagi best. Tak menyakitkan hati. Kan? kan

Hmm tu la sebenarnya ketidakpuasan aku yang selama ini terpendam beribu sesalan. Walaupun aku jarang update entry tak semestinya aku tak aktif blog. Aku ada je memerhatikan kau dan kau semua. Dan aku merupakan silent reader kau dan kau juga. Harap maklum.^^


semenjak tak updated entry rasa berat badan makin naik. erkk apa kaitannya??

Wednesday 8 February 2012

Obses K-Pop la sangat..


Adakah ini dinamakan obses K-pop. Tengok mamat Korea muka jambu terus terpegun nak minat K-pop segala bagai kan. Makan, mandi, tengok tv segalanya terbayangkan mamat Korea rambut terpacak mata sepet tu. Oh pelis la.ni namanya aku dah buang tabiat yang sedia terbuang. Aku ni belajar je bahasa Korea tapi nak ber "k-pop" ni aku kurang minat sangat. Nak menyanyi lagu Korea ni apatah lagi macam ayam berak kapur. lari lirik lagu. Aku menyanyi kuar lagu hindustan bukannya Korea.^^


Korang mesti tertanya-tanya kan rajinnya aku kumpul duit lepas tu pecahkan tabung ayam aku semata-mata nak belikan CD Korea ni. Oh tidak sama sekali. Ni pun dapat free hasil pemberian KOREAN EMBASSY.   CD ni kawan-kawan aku yang punya sama. Aku gatal tangan nak snap gambar je. Dah tu memang keje aku nak buat entry kat blog ni.(korang nak baca sangat kan) Muahaha. Aku dapat CD girl genaration. Kira bertuah juga la sebab aku minat sikit-sikit kumpulan ni. sikit je ok. Yang aku minat lebih Faizal tahir. So, silalah belikan CD Faizal Tahir untuk aku.^^


P/S: nak praktis menyanyi lagu korea banyak-banyak mana tahu muka jadi Korean comel-comel gitu^^

Friday 3 February 2012

GIVE AWAY ANIS ANIESA




Selamat berhujung minngu buat semua. hari ni rajin sangat nak join GA by Anis Aniesa (beliau yang memaksa aku join). Aku join GA ni sebenarnya untuk support adik kesayangan aku yang comel macam Angelina Jolie tu. To anisaniesa make sure kakak kamu ni dapat hadiah okey!Muahaha


TAG:
http://copotcepot.blogspot.com/
http://cherrynnee.blogspot.com/



P/S: syg anisaniesa ketat-ketat^^

Thursday 2 February 2012

Gula-gula kenangan zaman 90-an

Kau orang suka makan gula-gula apa masa zaman kanak-kanak ribena? Jangan cakap kau orang tak makan gula-gula masa kanak-kanak ribena konon bajet takut gigi rongok! Kau orang yang lahir masa zaman aku 90-an mesti tahu dan mesti pernah makan atau tengok gula-gula ni. Kan? Sekarang ni kanak-kanak zaman sekarang bukan layan gula-gula ni. diorang layan cadburry la bro! tak gitu? 

   
masa kecik dulu aku selalu panggil gula-gula ni "spek mata" sebab bentuk dia kan macam 'spek mata'^^


aku bagi gula-gula ni kat adik aku memang dia tak nak mentah-mentah! huh berlagak!


Dulu aku masa balik sekolah atau balik mengaji Al-Quran, aku selalu singgah kedai apek perut buncit(sebab perut dia buncit tu aku panggil macam tu). Aku selalu singgah kedai dia beli gula-gula ni. Tak sah kalau aku tak pergi. Dia pun kemain suka aku pergi kedai dia. Dah nampak aku dari jauh, belum sempat aku jejak kaki lagi kat kedai dia, dia dah excited hoi hoi panggil aku dengan semangat waja sambil senyum sampai telinga. 


Nak tahu kenapa apek perut buncit tu excited? Ye la masa aku budak hingusan dulu aku tak reti kira bab duit ni. Mak aku bagi Rm1.00. Tapi mak aku selalu pesan baki kena ada Rm0.50 untuk masuk tabung. Bila aku pergi kedai apek perut buncit tu semua duit Rm1.00 tu habis. Gula-gula tu Rm.0.20 je. Aku beli satu dia bagi pula segala macam keropok. Lepas tu goda aku pulak dengan senyum manis dia. Dah tu habis dia telan duit mak aku bagi tu. Tak ada la baki duit nak masuk tabung buat kahwin dengan jejaka pilihan hati! Ciss aku ingat sampai sekarang. Seronok la tu nak pau duit aku. Mentang-mentang la aku tak reti kira duit masa tu!Grrrrrr


Tapi sekarang zaman dah barubah kan. Jadi gula-gula tu kurang di pasarkan. Harga gula-gula tu pun dah mahal. Dulu aku beli gula-gula "spek mata' tu rm0.20 tapi sekarang dah RM1.50. Baik aku simpan duit buat menabung tebus balik masa aku kena tipu dengan apek perut buncit tu.Huh geram je bila ingatkan balik. Macam nak ambik gula-gula 'spek mata' tu pakaikan kat mata dia. baru dia tahu!^^

P/S: kalau aku beli gula-gula 'spek mata' tu sayang nak makan.hehe


© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™