Saturday 21 May 2016

 KELAS AUTOCAD DAN 3D MAX SERTA PELUKIS PELAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adakah anda tercari-cari tempat untuk belajar AUTOCAD dan 3D MAX?
Adakah anda mahu memantapkan lagi skill AUTOCAD dan 3D MAX?

ATAU

anda mencari-cari seorang pelukis pelan?

Di sini saya syorkan kepada anda untuk mengikuti kelas belajar Autocad Dan 3D Max serta khidmat yang lain seperti:

- 2D Layout Plan (Master Plan, Elevation & Detail Drawing)

- Renovation Drawing & As Built Drawing.

- Redraw Drawing

- 3D Perspective Interior & Exterior

- Booth & Event Design

- Electrical Drawing (Single line & Electrical Diagram)





Untuk maklumat lanjut anda boleh akses ke laman sesawang seperti berikut:

WEBSITE  :szdesign


Saturday 19 September 2015



Assalamualaikum.

Saya berbesar hati menjemput anda ke  Kursus Asas Autodesk AutoCAD 2 Dimensi ( 2D ) 
& 3Ds-Max ( 3D ) .

Tarikh : 30hb 9 2015 - 1hb 10 2015 ( 2 hari ),

Lokasi : Bilik Seminar, Tingkat 3, Pembangunan Usahawan, No.67, Jln Plumbum P 7/P, Seksyen 7, S.Alam, Selangor ( Sebelah Jakel S.Alam ),

Yuran : RM400 ( Pemegang Kad Hijau CiDB Malaysia ), RM450 ( Tiada Kad ),

Sijil, Makan Minum, Nota, Kertas Kerja Amali blh bawa balik, 20 Mata CCD dari CiDB disediakan.
Berminat ?


Hubungi
1. En Mohd Sazli di 013 2020 912,
2. En Nazrul Hazri Nazlan di 012 9340 512.



Terhad utk 16 - 20 orang sahaja.
* Setiap peserta perlu bawa laptop sendiri ( Mudah utk anda faham, blh save terus hasil kerja amali dlm kelas ).















Rugi sangat kalau anda tak pergi. Yuran sangat berpatutan dan ilmu yang diberikan cukup manafaat untuk digunakan. 

boleh like page mengenai autocad nKelas belajar autocad dan 3d-max

terima kasih daun keladi sebab sudi membaca :)

Saturday 14 December 2013

TIPS TERSESAT KETIKA MEMBELI-BELAH.

Assalamualaikum.

"Shopping" ??. Teruja benar aku kalau dengar perkataan membeli-belah atau "shopping" kan. Bagi dalam kalangan wanita seperti aku ya memang perkataan "shopping" itu dapat memberi ketenangan jiwa yang kian abadi. dapat release stress kot. kaum lelaki cakap la apa pun, kami tak kesah! hati dah kembang berbunga ni.

Heh! kalau tinggal kan aku empat puluh empat hari dekat satu shopping mall pun aku tak kisah. sangggup beb. kalau tak ada teman pun aku tak tak ada hal punya la. Shopping sensorang lagi best. Boleh belek-belek baju vogue, dress cantik-cantik bagai puteri lilin, handbang, kasut dan segala mak nenek la. oh nikmatnya ketika itu.

Dan satu je perasaan yang aku tak suka semasa pergi ke mana-mana shopping mall ni. Tambah-tambah shooping mall yang besar gedabak, ada banyak tingkat, dan ramai orang.  
kalau main sorok-sorok konfirm mati kebulur jawabnya. 

Berbalik semula cerita asalnya. apa perasaan yang aku tak suka bila ke shopping mall? 
mesti kau orang pun punya tabiat macam dan perasaan macam aku kan? perasaan yang aku tak suka ialah selalu lupa parking kereta kat mana. Benci tau bila dah habis shopping dan berjimba-jimba, mula la aku pening kepala dan sakit hati bila  parking kereta tak jumpa. pernah tau aku  dekat setengah jam cari parking kereta tak jumpa. dalam hati dah nak meroyan macam orang hilang anak kucing.  hah nasib!

jadi, apa tindakan yang perlu aku buat? senang saja ada dua langkah ye kalian. semudah ABC.


1) ambil gambar sendiri di tempat parking dulu


aum rasa aura fresh dan excited bila nak shopping. eh!



2) dan barulah ambil gambar di mana anda parking kereta anda.



Tips: nak ambil gambar signbord biar jelas. kalau tak nahasla kau orang nak cari parking kereta nanti.

Itu sahaja tipsnya bila tersesat nak cari parking kereta bila pergi shooping tak ingat dunia. Boleh amalkan selalu ye. Amalkan selalu pergi shopping. EH!

Sekian.

Wednesday 16 October 2013

SKINCERITY IS THE BEST SKINCARE PRODUCT IN THE WORLD

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Semakin hari semakin glamor produk Skincerity ini. Serius macam pisang goreng yang tengah panas di kala tengah hari. Mana taknya, sekarang ni SKINCERITY is The Best Skincare Product In The World. World beb. Bukan mawi world.

Refer link: http://www.thetoptens.com/best-skin-care-products/

Dan semakin hari semkain ramai yang teruja untuk menggunakan SKINCERITY. Mana taknya produk kalau dah berkesan cepat sahaja menular. Produk itu akan bercakap sendiri tau. Ya percayalah! sebab aku pun pengguna tegar SKINCERITY ini. Aku memang mengalami masalah kulit tangan atau saintifiknya eczema. Serius dah macam-macam produk guna tapi SKINCERITY juga dapat membantu. Fuh memang best, menakjubkan dan terbaik. 



Eh apa yang best dan kelainan produk SKINCERITY ni??

* Satu-satunya masker yang bernafas di dunia
* Penemuan terbaru dan Teknologi yang dipatenkan
* Terbukti berkesan secara klinikal dan secara visual
* Telah di uji dan diluluskan oleh Badan Dermatologi
* Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur
* dapat membantu pelbagai masalah kulit
* Boleh digunakan untuk tujuan klinikal dan kosmetik 2 in 1
* banyak testimoni yang menunjukkan keberkesanannya





Nak lagi?? teruja kan??
Jom tengok TESTIMONI hebat ini.



Dapat menghilangkan Parut Lama & Baru Tanpa Kesan Negatif!





Dah tengok TESTIMONI kan?? hebat kan SKINCERITY ni dapat mengatasi masalah kulit. Cara guna pun senang dan mudah serta jimat masa. Macam mana? caranya just roll-on botol SKINCERITY di kulit yang bermasalah. Guna secara konsisten dan lihat hasilnya! WOW sangat hebat!



Ok ini model tak berbayar. Dan pengguna yang sangat tegar dengan SKINCERITY. Kalau tak ada SKINCERITY macam hilang arah tujuan jer.  hehe . 

Jadi, siapa yang berminat dan nak cuba, jangan lengah-lengahkan masa lagi. Cepat sms, whatsapp ataupun Pm eira di Facebook ini EIRA ONLINESHOP

dan jika anda berminat nak buat income lebat dan masyuk dengan SKINCERITY ini. Boleh juga refer kepada Eira. LOVE U SKINCERITY!!


Sunday 3 February 2013

Luahan perasaan


Assalamualaikum..

semakin lama kan,dah semakin terbai blog aku ni. kalau la aku tanam sayur alamatnya dah mati kena baham dengan kambing! kalau la juga ni bilik aku selama berbulan bulan tak kemas, mahu ada sekor naga aku ternak ni!!.tak terurus dan terabai dek kesibukan aku yang tak tersengaja kononnya! kuikui...

Serius! aku rindu nak berblog, aku rindu nak meluahkan perasaan aku kat atas blog ni, dan aku rindu dgn penulisan aku yang ada gaya, mutu, keunggulan terkini disukai ramai..Puii!! muntah..Tapi kan kerana masa mencemburui aku, aku terpaksa pendamkan hasrat menulis blog buat beberapa bulan.. weh! bukan senang oo nak tinggalkan blog ni lama-lama..hati luka berdarah oo..aku selalu on je blog, tapi tak selalu update macam korang la yang setiap 1 saat update entry baru. serius aku jeles!! aku selalu baca entry kawan-kawan blogger aku..yg kau baca entry aku ni ha, kau la peminat blogger aku suka.betul! tak tipu!

Masa. masa semakin cepat berubah. semakin cepat mendewasakan aku. that why aku kena manage betul masa aku ni betul-betul. banyak yang aku perlu capai pada tahun ni. tahun 2013. Masuk tahun 2013 umur aku pun makin bertambah, tapi hati dan jiwa still kanak-kanak riang lagi ok!!.dan pada tahun 2013 ni aku ni dah habis belajar dan bukan bergelar mahasiswi lagi. sekarang, aku dah jadi pekerja. pekerja yang tegar!so,kena keja kuat-kuat sebab nak kawen cepat-cepat..erkkk!ni rahsia kita je eh?? Ok baiiii

P/s: eh lupa pula aku ada bisnes online..jual produk kecantikan dan kesihatan. dijamin halal dan semua produk ni aku try. produk yg aku jual SNE, VCOA TREENEA DAN FELLINA..kindly like and add aku punya fb and page yea..  Eira Onlineshop dan EIRA VCOA TREENEA. TQ uolss.

ni gambar blur buat tatapan korang yg rindu aku! haha 

Thursday 22 November 2012

keseorangan. Forever Alone.



Assalamualaikum.

keseorangan. Alone. Sunyi. Hambar. itulah kata-kata yang sama makna seangkatan dengannya. Tapi keseorangan di sini bukan bermakna life korang kosong macam tin biskut yang kosong. bukan bermakna life korang tidak gembira, suka atau pun duka sama seperti life orang lain. makna yang sejelas-jelasnya di sini ialah korang cuba memencilkan diri dari orang lain, lari dan terus berlari dari kehidupan sosial buat sementara waktu.


kadang-kadang kan hidup ini korang tak rasa ke perlu pergi jauh-jauh ke sesuatu tempat dan mengasingkan diri buat sementara. ala kejap je. tak nak contact dengan sapa-sapa. tak nak communicate  dengan kawan-kawan, jiran-jiran, makcik jual karipap, pakcik dollah, makcik senah dan sewaktu dengannya.


seperti aku, kadang-kadang aku suka keluar jalan-jalan sorang-sorang. pergi ke sesuatu tempat ikut ke mana kaki aku melangkah bak angkatan tentera mahu berperang. eh tak! kadang-kadang macam samseng juga aku jalan bro! tapi tu tak  jadi masalah bro. janji bila aku keluar sorang-sorang hati aku tenang, otak aku tak serabut. kepala lutut tak longgar. settle.


nak tau aku pegi ke mana? kadang-kadang aku pegi lepak, duduk dan berdiri di taman-taman,tasik, ataupun di mana-mana tempat public. untuk apa? saja melihat gelagat,tingkah laku, personaliti sesorang. kadang-kadang kan benda ni nampak buang masa, buang karen dan buang angin. tapi boleh terhibur la bro! tengok budak-budak kecik baru berlatih kayuh basikal. oh comel dan kelakar kot. time tu la teringat macam mana aku kecik-kecik dulu susah payah belajar kayuh basikal sampai demam 3 , 4 kali dan akhirnya berjaya. Fuh satu kepuasan abadi. benda-benda dan kenangan macam ni la kita akan ingat, kan? kan?


hah nak tau ke mana aku pegi lagi? kadang-kadang aku pegi melihat keindahan alam. menghayati pemandangan. melihat kebesaran yang Maha Esa membuatkan diri aku bermuhasabah diri. betapa kerdilnya aku sebagai hambaNYA. membuatkan aku leka dan alpa seketika yang aku berada di dunia. ya bumi ini. yang penuh pelbagai cerita suka dan duka. melihat pemandangan bertapa gahnya KLCC, betapa besarnya bukit-bukau. membuatkan aku terpegun dan terpesona. hah tetiba ayat aku macam layak je buat novel dua tiga ketul buku. Heh mimpi ngeri!




    
    ini broga hill. tanda kejayaan aku mendaki setelah semput kemaruk tulang sendi.=.=


Tapi.Tapi.tapi kita tak pernah keseorangan. kita ada parents, kawan-kawan, dan jiran-jiran yang sentiasa mewarnai hidup kita di atas muka bumi ini. yang paling penting, kita ada ALLAH yang sentiasa bersama  kta tidak kira sama ada dalam keadaan  bergembira ataupun bersedih. betapa ALLAH menyanyangi kita.^^


Tuesday 10 April 2012

Pengumpul hadiah tegar dari luar negara.

Assalamualaikum

Hai orang di sana dan yang nak ke sana apa kahabar? Harap kehendaknya sihat belaka di samping insan tersayang.(amboi ayat bajet macam tulis surat tak rasmi pulak) kau orang mesti rindu nak baca entry baru aku kan kan? Hah ambik kau dah berabad lamanya aku tak update entry baru. Kalau aku tanam 'pucuk paku' dah lama tumbuh kot.Rasa bersalah suam-suam kuku je sebab abaikan blog ni..=..=




Ok berbalik pada entry ni. Kau orang tau apa itu hadiah?? atupun 'ole-ole'? Menurut kamus aku sendiri iaitu coklat berapi,hadiah bermaksud suatu pemberian. Tapi pemberian tu kena bagi untuk aku sorang saja.Muahaha. Yeah memandangkan sekarang musim kawan-kawan aku melancong ke luar negara, so aku ada satu hobi yang menarik dan tertarik. Hobinya ialah mengumpul hadiah dari luar negara. Maksudnya di sini aku akan "paksa" secara ikhlas kawan-kawan aku bagi hadiah dekat aku. Ala tak perlu la bagi hadiah yang besar-besar macam "seoul tower' dari korea atau Eiffel Towel ke. Cukup lah bagi "keychain' dekat aku. Aku dah teruja dan terharu sampai tidur pun macam kerang busuk.Erkk! Dah dapat keychain tu boleh la gantung dekat bag dan show off kepada khalayak ramai tanda anda hargai pemberian dari kawan-kawan kau orang. tak gitu? haha. Jadi, konklusinya kau orang patut contoh hobi aku yang mulia lagi murni ni tau. Banyak faedahnya ni!=.=


Ini lah hasil kutipan keychain dari luar negara secara iklas yea.^^

Ni pula 'getah pemadam' dari Jepun. Geram je nak kunyah sebab bau macam "chewing gum'.


Akhir sekali keychain pelbagai reka bentuk dari beberapa negara. Buat bekalan untuk di gantung di bag.hehe




Ok inilah hobi yang patut dicontohi supaya dapat ditunjukkan kepada anak cucu pada masa akan datang. Silalah cuba yea. Sharing is caring kan kan? =.=
© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™