Friday 30 September 2011

Rumah Terbuka Terakhir sebelum berlabuhnya Syawal...

Syawal akhirnya berlabuh meninggalkan kita dan munculnya lembaran baru iaitu bulan Zulkaedah. macam mana perasan korang? Cukup korang kumpul duit raya serata pelusuk kampung untuk buat persiapan kahwin 4 hari 4 malam?   Cukup ke segala semua puasa dan amal ibadat yang lain? Yang kaum hawa tu jangan tanya la der memang tak pernah cukup puasanya. kang selipar Jepun lekat molek dekat pipi kang!


Dua hari lepas aku ada pergi ke Fakulti terbuka. sebab apa aku cakap Fakulti Terbuka? Sebabnya jamuan ni buat kat fakulti aku so aku buh la Fakulti Terbuka. Ahh lantak la Fakulti terbuka ke janji aku dapat makan.muahaha. Sebenarnya bergambar je lebih makan tak banyak mana pun.(cover). Jamuan ni diadakan bersama anak-anak yatim yang comel-comel belaka. tapi sayangnya tak banyak gambar boleh ambik dengan anak yatim.ye la dorang kelam kabut makan sampai tak ingat akak yang cun sorang ni..eeeeuuuuwwww!!




suasana Fakulti Terbuka. masing-masing tengah sembang kencang pasal study je ok!


Makan macam ni lebih mengeratkan silaturrahim..kan?






Ok ini muka over bajet cute.sila muntah kari




haa tengok!! bergambar je lebih!! makan tak sangat pun.tu lah rahsia kami slim.tetiba


Ok sekian saja episod  ini. Tetiba aku rasa entry aku agak formal!! Geli anak tekak je bila baca.Rasa nak lempang anak tekak empat puluh juta kali.!!

Saturday 24 September 2011

Kata kekunci yang terencat




Dengan dukacita tahap gajahnya, mempersembahkan kata kekunci blog aku yang terencat minggu ini. Aku pun tak paham apa yang di maksudkan dengan "payudara yang tersenang". Mungkin korang lebih memahaminya kan. Korang kan terer bab-bab ni.Puii.

P/S: nanti aku rujuk Lecterur aku apakah dimaksudkan dengan 'payudara yang  tersenang".=.=

Friday 23 September 2011

Kau bajet Korea la sangat!

Kemain "Korean wave' dahsyat melanda masyarakat berbilang kaum di Malaysia ni. Tido bergolek-golek bahkan makan men"kedarah" lapan juta kali sekalipun pun, asyik teringat  mamat or minah korea je.Hoiii tak remaja la derr kalau tak fanatik dengan korea! Cehhh!!Even aku tau bercakap korea macam budak kecik merangkak, tapi aku tak la minat fanatik tahap siput sedut mencari bunga. Aku just minat gitu-gitu je.Cukup la makan lalu, tido pun lena lapan puluh juta kali.


Aku bab minat lagu korea ni kurang sikit berbanding kawan aku yang meroyan sampai tido pun ngigau nyanyi lagu korea.Aku suka bab makanan korea. Memang jiwa dan raga aku sebati kalau bab makanan. kalau bab makanan korea aku suka makan dekat Food Court Mid Valley.Sebab kat sana harga berpatutan tambahan pula ada discount student dan servis dia cepat. Yang penting Mid Valley sangat dekat dengan kawasan aku bermastautin sementara. kira Mid Valley gua yang pegang!Puii




Ni nama beliau Bulgogi (볼고기).tapi aku buh nama beliau "sup daging".Bhahaha. Sedap ada daging cuma kuah beliau manis je.Aku paling suka yang ni.Rasa ketagih je nak makan 67890000 kali.






Yang ni pulak nama beliau Kimchichige(김치찌개). Bagi aku la bila aku makan rasa makan asam pedas pulak.Ceh dah memang sah lidah aku ni berwarga kenegaraan kuat betul.Sampai makan makanan lain rasa makan makanan Malaysia je.=.=






Yang ni Bibimbap(비빔밥). makanan ni macam nasi campur.Sebab dia campur dengan sayur.Kalau nak makan tu gaul-gaul dulu  pastu baru boleh makan dengan sepenuh perasaan.nak nak korang makan mesti kena bajet awek korea yang cun.






Ni bukan makanan ok.Ni aku makan dengan awek korea kot.kau hado???


sekian.



Wednesday 21 September 2011

Penyakit stress merudum dengan mendadak.

Amaran: Entry ini tidak berbaur ke'stress'an...


Korang pernah stress? atau hampir nak stress tahap gajah mengamuk apabila kawan takmo share dua tiga butir coki-coki dengan korang .So, korang stress lalu menghentam kepala laju-laju ke dinding lapan puluh juta kali tanpa was-was.sangat naif la derrr.sobsss. Hah korang kan bila dah stress apa korang selalu buat? Jangan cakap korang pun terjun katil dua tingkat sebab nak hilangkan stress Sebab tu benda aku buat bila aku stress.ceh!!


Bagi aku kan, kita ada cara sendiri untuk menghilangkan stress asalkan benda tu positif. Jangan bila stress korang ambik jalan singkat nak bunuh diri! apa kejadahnya derr? tak beradab langsung. Aku pula, bila stress aku ada cara aku yang tersendiri. Korang kalau ikut cara aku ni confirm korang akan hepi selalu macam ayam berak kapur.


hah ni lah pengubat stress aku. Bila aku makan cudbury ni mesti aku kena angkat-angkat kening macam iklan cadbury kat bawah ni.confirm hilang stress tahap gajah mengamuk.



Coklat ni dikatakan dapat mengatasi stress dan dapat membangkitkan mood kita dalam keadaan baik.Sebabnya coklat ini mendatangkan rasa santai dan rehat apabila kita memakannya. Dikatakan juga semakin dark sesuatu coklat itu, maka semakin tinggi zat yang terdapat dalam coklat tersebut. 

Ok lah kalau aku merepek meroyan panjang lebar kat sini bukan korang nak baca sangat.Dasar terlebih rajin.Ahaha apa pun bak kata CADBURY kegembiraan lebih bermakna apabila dikongsi bersama.

P/S: Korang pernah rasa coklat berapi??=.=



Wordless wednesday #3

                                 Gula-gula pelbagai fungsi.

Sunday 18 September 2011

Pengarang jantung hati! pujaan hati ku.



Amboi ambek kau tajuk entry kemain macam dalam hati ada taman! ceh nak berjiwang segala bagai baik dok dalam jamban je.! Haa entry ni khas melaporkan tentang idola blogger kegemaran aku yang aku kagumi dan kasihi ok.Ini aku tak tipu. Oh mereka sekalian adalah blogger terkenal yang sememagnya kau orang pun kenal. Jangan cakap kau tak kenal. Aku lempang empah puluh juta kang.

Secara jujurnya mempersembahkan.......



benashaari. blog beliau memang santai tahap gaban. Memang kalau aku baca aku terasa berada di Pantai Chenang, Langkawi sambil tido bersidai ala-ala omputih! Muahaha.Blog beliau terselit bermacam-macam info. Tips kepada new blogger, kisah peribadi dan yang best ada cepen. Sentap lapan puluh juta aku baca cerpen beliau.Ini lah hero blogger satu-satunya menjadi pujaan hatiku..Muahaha





yuyu zulaika. Blogger kupukupukecik yang comel dan sangatlah humble walaupun beliau seorang blogger yang terkenal. Even kenal dalam dunia blogger ni tapi aku macam terasa dekat dengan beliau. Bila aku minum teh terasa beliau pun join sekali dan dua kali. Terasa dia berada di sisi setiap saat. Muahaha. Walaupun aku bukan 'pengomen' tegar dalam blog beliau. Tapi aku akan pastikan aku menjadi silent reader yang setia. wahh kemain ayat aku! To yuyu awak kecik tapi berisi. Sangatlah berbakat. Teruskan usaha.(monolog dalaman sensorang).Untungla kalau beliau baca.sobsss





nisamenaip. seorang retis blogger yang femes ames. Aku suka gaya penulisan dia yang ala lepak-lepak di warung mamak. macam cool lebih kurang gaya penulisan dia. Berbakat besar beliau ni. Beliau ada buat tutorial cara pakai shawal juga. Aku suka tengok empat puluh lapan juta kali. sebab semua beliau pakai shawal menjadi je. Sakit hati betul.Muahaha. To nisa, agak-agak bila kita bole kuar dating??haha



Ok setakat ini la kisah buah hati pengarang jantung aku. Sebenarnya ada lagi blogger yang menjadi pujaan hatiku tetapi di sebabkan masa kemain suntuk, tak sempat la cite panjang lebar. Time create entry ni pun aku curi-curi time nak pegi class.Ramai lagi sebenarnya blogger yang berbakat besar macam ikan paus biru. Jadi, asahkan lah bakat anda dan pamerkan. jangan di tinggalkan begitu saja.


P/S: tengah mencari hero blogger lain untuk di jadikan idola.agak-agak sapa nak offer diri? haha










Berwajah baru.


Dengan tangan di dada mata ke atas, mempersembahkan header saya yang cantik dan berstyle pada abad ni.ceh orang lain dah lama ada header aku kemain kecoh.Eh sangat-sangat cantik tak? sapa cakap tak cantik kang ada yang kena sembur api.kejam!!. Ini adalah hasil titik peluh my roomate setelah mengambil masa selama dua tahun menyiapkannya.ok tipu!


Sebenarnya aku telah memaksa my roomate buat header kat aku. sebagai ganjaran aku akan bagi dia dua butir coki-coki. Apa lagi kemain dia lompat terkinja-kinja sebab suka dapat coki-coki.sedih betul.=.=


Dah penat agaknya aku melalut tak ketahuan hala. sambil lempang muka sendiri! Entry ni khas di tujukan kepada my roomate cherrynnee di atas pembikinan header yang berstyle. Kalau nak harapkan aku buat header, sampai bila-bila apa pun tak boleh.muahaha

P/S: Rasa-rasa boleh tak nak calonkan header ni dalam Anugerah Bintang pupular??


Saturday 17 September 2011

Cari pasal!

Fuh setelah berabad dekad lamanya baru hari ni boleh bermanja-manja dengan blog kesayangan. Ye lah lama tak cari pasal kat blog, tengok rakan-rakan blog yang kemain tekun berblog rasa ke'jelesan' di hati amat terpancar. Jadi, pada petang yang mulia ini ye kawan-kawan, saya berasa seronok dapat menge'post' entry yang tak seberapa ini.sobss


So, dah mula sem baru agak sibuk sangat.Sampai masa nak makan lempeng dua tiga butir pun tak sempat. Ye la kemain terkejar-kejar sana-sini ke kelas, takut pegi lambat kang cikgu suruh berdiri atas kerusi lapan puluh jam tak ke niaya!.


Sempena menyambut Hari Merdeka baru-baru ni, aku pun nyibukkan diri la mencari pasal ke Time Square.Muahaha(jangan tiru perangai tak senonoh ni)




 
mencari pasal dengan makanan.nyum nyum

nama makanan ni apa tah aku dah lupa sebab pelahap makan.hehe

Kueh tiow sup thai yang menyelerakan.Bila makan terasa diri berada di Thailand.*sawadikap


saya pegi dengan 'bodyguard' kat belakang tu...ahahaha(mati kalau si dia baca)


Ok sekian cerita cari pasal makan-makan.











Thursday 8 September 2011

Pemakanan sihat di kampus

Bersempena demam melanda kaum kerabat semua nak berebut masuk kampus, maka entry ini adalah berpatutan untuk korang dan sewaktu dengannya.Bila di universiti semua melantak bedal je kan apa nak makan. sama la dengan aku. Ye la masa banyak nak pegi kuliah dan buat aktiviti segala bagai. Jadi makan pun main bedal je kan. Tambah-tambah makanan ringan sedap je bedal sambil duduk atas tilam buat mesyuarat katil hingga mata lebam empat puluh kilo..sobss




Jadi  para student yang cemerlang lagi terbilang sila ikut panduan ini ya.kemain nak bagi panduan pulakkk..


1) makan makanan yang seimbang
@ korang disarankan mengambil nutrisi sepeti buah-buahan, sayuran dan bijirin. ini untuk memastikan kesihatan   terjamin. kalau aku kan suka makan bayam mentah sambil buat aksi ala-ala popeye.hebakk kan??


2) Sumber tenusu
@ sumber tenusu ni untuk menguatkan tulang korang. Tulang korang kan selalu rapuh hingga menusuk kalbu.mana tak nya dah selalu kena 'smack down' dengan lecturer sebab tak hantar assignment. Jadi korang beli la susu anlene ke tak pun pegi perah susu lembu sendirik..


3) Minum air 
@Yang ni aku suka biarpun terpaksa kena tahan marah oleh lecturer sebab selalu ke toilet.sobss. Korang kalau nak kulit tak kering kena la selalu minum air bergelen-gelen.minum air ni juga akan keluar toksin dari badan kita.bagus kan?suka tengok time sekolah dulu student cina isi air dalam botol minyak masak yang beso tu.comel!!


4) makan tiga kali sehari.
@ yang ni aku tak setuju even aku taip.haha ye la mana nak cukup der! jadi orang lidi la gamaknya kalau aku ikut. Tapi panduan ni memang disarankan. Ye la kita tak boleh terlampau kenyang dan terlampau lapar. sudah juga kan. Jadi makan la selagi bole makan asalkan jangan keterlaluan.


tak suka makan sorang-sorang nanti teringat baju bertong-tong tak basuh.

Wednesday 7 September 2011

Bermain Angry Bird di dunia nyata sangat la awesome!!

 Best kan dapat bermain angry bird kat dunia nyata .Boleh kerat lapan belas kali kat bird tu kalau kalah. Baru puas hati dapa tido lena kan. Ni tak asyik main kat handphone. lepas tu mengamuk sampai campak handphone ke laut china selatan sebab babi hijo tu tak mati.ceh!=.=







Korang tengok ni kat CHINA akibat teruja bermain angry bird sampai meleleh air liur empat puluh saat, maka mereka telah membuka sebuah taman tema untuk bermain dalam dunia nyata. Hebakk kemain. Lepastu kalau nak main benda ni siap kena bunyi dengan semangat yang kental macam bird tu~~~waooouuu. ce korang buat!



Hah tengok. Kemain teruja main benda ni. Aku kalau main game ni memang angry la. Jangan sapa-sapa tegur aku. Kalau orang tegur aku time aku main, then aku kalah memang aku hangin satu badan. memang angry habis! Lantak lah! muahaha


Angry bird ni memang kalau aku main aku akan cepat naik hangin. Mana tak nya bila kalah sakit telinga aku dengar babi hijo gelak berdekah-dekah. mcam nak kerat-kerat je pastu campak dalam almari dapur. Hah baru puas ati nak tido lena sampai meleleh air liur pun.


P/S: nak request taman tema angry bird tepi rumah aku bole? mesti dapat pelempang kaw dari   bapak aku! wuuuwuu

© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™