Sunday 31 July 2011

Coklat berapi featured in Kosmo....


Assalamualaikum

Dah agak bersawang dan berhabuk blog aku ni. Agak dua tiga hari aku tak update cerita baru kan. Rindu gak kat blog buruk aku ni. Mesti korang rindu cerita-cerita panas sensasi aku kan? kan?? ahaha. Bajet ada ramai orang nak baca blog dia latuewww.

 Sebenarnya aku baru je balik dr Kuala Lumpur sebab di jemput menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di rumah Perdana Menteri di jalan Duta baru-baru ni. Best kot nak cerita kat korang boleh menjejakkan kaki dan kepala ke rumah kediaman Pm ni. Tak payah la beratur panjang-panjang nak jumpa kan. Siap dapat makan meja vvvvvip lagi latuewww.. Jeles mak ngah!ahahah

Aku ke sana sebab adik aku ni ha menang peraduan esei yang aku cerita kat entry lepas. kalau nak baca KLIK SINI . Aku ada gak ambik gambar sensasi time kat majlis tu tapi aku ni jenis liat nak upload gambar. Berukband lambat gila mengalahkan kura-kura yang tengah berjogging. So, korang tak boleh tengok la gambar aku yang seksi macam faizal tahir tu...ahahaha

Jadiiii tengok la muka aku macam buah nangka separuh masak dalam Surat khabar kosmo ni. Tumpang glamerrr latuewww!!

Pija gembira pantunnya pikat PM





Adik aku ni pemalu. Time wartawan interview aku pula kena jawab! ceh pandai masuk peraduan ni peraduan nu time jawab tak mo pulak..(padahal aku suka kena interview). Kalau korang nak baca selanjutnya boleh baca di kosmo online

P/S: Adikku..next time masuk lagi tau peraduan. Nanti menang boleh bagi hadiah kat kakak lagi..Ahahaha


Monday 25 July 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?


Huh aku baru start nak berblog then terbaca la segmen ni. fuh nasib baik sempat join lagi kot. Korang dengan ikhlasnya di persilakan mengkritik secara berapi terhadap blog aku. kamon la beri la kritikan yang membina, yang berapi-api. Aku dah la budak baru belajar gelak guling-guling kat blog ni. So, aku harapkan korang dapat mengkritik dengan seikhlas-ikhlasnya. Aiman tak kisahhhh!!!~~ Kalau yang nak join masih sempat lagi KLIK SINI

Sunday 24 July 2011

Pija Shafiza pemenang termuda Pertandingan Poskad dan Esei Hari Jadi PM ke-58 tahun 2011

Nah pagi-pagi buta asyik tengok Utusan Malaysia online . Haha mana taknya adik aku menang esei sempena Hari Jadi Pm ke-58. Adik aku kot! bangga kejap..heee. Sebenarnya aku tak tau pun dia join esei ni. Dia suka bertindak sorang-sorang. Masuk peraduan tu peraduan ni tak bagitau kakak dia ni. Huh sampai hati .Aku tak nafikan dia memang kreatif. Kalau ada buku kosong ada saja la dia reka-reka buat komik ke, tulis pantun ke syair ke. Pehh memang dia gunakan buku tu sepenuhnya.( tak rugi duit tabung ayam aku pecah beli buku kat dia)



P/S: i-phone tu bagi dekat kakak yang comel ni yea budak-budak tak boleh main. hahaha

Oh Perut buncit!

 Alahai kau perut time cuti sem ni juga kau nak mengembang bak belon yang ditiup-tiup.  Aku dah la malas nak excercise ni sebab tu la perut buncit semakin menjadi-jadi ni! Mana taknye makan tido..tido makan je. lepas tu perut buncit kau kecoh satu kotaraya pula yea! sampai hati kau! (Monolog dalaman aku).


 Lepas tu kecoh lagi kau nak pakai baju dah jadi sarung nangka busuk. hambik kau padan muka 23 jam setengah...!! So, sekarang ni baru tergagap-gagap nak buat excersice segala bagai kan. Haha. Bukan main awal tu aku semangat gila nak excersice siap tak tido malam punya la excited tahap meroyan.!! Lepas selang dua tiga hari tu perut buncit ke mana excersice ke mana! ceh!!


Aku ada la baca satu artikel ni. klau tak nak perut buncit amalkan excersice 'sit up'. cara ni pun dah cukup nak dapat perut ketul-ketul ala Faizal Tahir...erkkk!! So, korang yang perut buncit tu amalkan la selalu buat 'sit up' ni.


ni contoh 'sit up'. Amalkan selalu 3 kali sehari sebelum makan.




muka tengah cover perut buncit! muahaha


Ok selamat beramal..~~~

Saturday 23 July 2011

Ramadhan Giveaway


Sempena bulan Ramadhan yang MULIA ni  jangan la kita nak naik 'berapi' sangat yea! So untuk mengurangkan berapi korang tu mari  kita sertai Ramadhan giveaway . Tarikh tutup adalah pada 20 Ramadhan. Haa sempat lagi korang nak join tu. Boleh la menang hadiah duit tu kan.. Lepastu guna duit tu buat beli coklat berapi..kan? kan? Errkk!!

Ok bye..

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...



Heiiiii!! Coklat berapi memang berapi sangat-sangat bila tiba time weekand ni! kau jangan nak main api ngan dia. Silap hari bulan coklat berapi campak kau dalam gunung berapi! hambik kau. Kalau kau tak nak bagi dia berapi lebih baik kau join segmen ni LULU CALDINA

To LULU CALDINA;
 Coklat berapi rasa teruja sangat join segmen awak. Harap dapat kawan-kawan dengan lebih ketat!! muahaha

Friday 22 July 2011

Lu ada kenal ka itu Shila Amzah?????

Lu ada kenal itu Shila Amzah?? Ada kenal??  Haishh ni ha cerita aku pagi tadi asyik terngiang-ngiang kat kepala otak aku. tension kot! Al-kisahnya macam ni. tadi aku saja jalan-jalan cari pasal round area supermarket kat Kangar ni. Then aku ternampak la booth ni SAFI BALQIS iaitu produk kecantikan wanita.


 Aku pun singgah la nak beli produk ni memandangkan aku memang pengguna tegar produk alah ni. Then ada satu promoter auntie Chinese ni asyik nak usha-usha aku beli barang je! Kadang-kadang jeling manja ada jugak! Apahal tak puas hati meh? Tiba-tiba dia dekat dengan aku. nak tau apa dia tanya???


Promoter: Lu ada kenal Shila Amzah??


Coklat : Ya ada-ada (aku jawab acuh tak acuh sebab tengah cari toner muka)


Promoter: Aiyaa Shila Amzah penyanyi terkenal la. Lu ada kenal meh??


Coklat : ohh itu Shila Amzah saudara i kat kampung meh (tipu)


promoter : terus diam tergolek-golek then bagi aku risalah ni.




Huh nak bagi risalah ni rupanya. nasib baik aku tak call abang long besar aku! Kalau tak ICU la auntie tu.erkkkkkk!!




Aku pengguna tegar produk alah ni. Tu muka aku macam faizal tahir. Sila jangan jeles! muahaha


P/S: Lu ada  kenal  itu Shila Amzah?? Ceh malam ni aku tido mimpi auntie tu gamaknya!!!grrrrr

Thursday 21 July 2011

Waaaaa!!! Berpinar biji mata aku angkara korang..

weh! weh!! aku dah nampak dunia ni hitam putuh je! Aku nampak kucing aku bertukar jadi kek coklat berapi dah! hey apa ni? Why? Why? Haa ni angkara blogwalking la ni. Haha aku nak bangga jap sebab aku join segmen ni. Best gak dapat join segmen di blog Ben Ashaari


Mula-mula bukan kemain malu tahap berapi. Al-maklumla blog aku ni blog baru.  (Berapa kali mau bagitau daa). Banyak lagi aku perlu belajar dari korang yang otai. Blog aku pun berterabur macam gigi aku kot.Muahaha. Sebenarnya weh, aku jeles la sangat tengok blog-blog korang yang cantik background, header, dan banyak lagi la benda alah ni. Aku harap dapat belajar dari korang.Ntah la aku syok berapi sangat dapat kenal dengan blogger yang lain. tanpa korang siapalah aku yang comel ni!(emo).



p/s: ceh! time aku semangat nak blogwalking ni line internet macam siput berjalan di kotaraya!!grrrr

Wednesday 20 July 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Hahaha..sebelum tu gelak dulu kat aku sampai tergolek-golek gedik jatuh tangga!!! Bukan apa dah banyak kali kot aku dok main taip entry ni. Taip padam taip padam!! bukan apa aku memang tak yakin pada diri sendiri! teruk kan? Tapi dalam masa aku selalu terjah blog Ben Ashaari ( kantoi)  tiba-tiba aku dapat semangat nak buat juga pasal entry ni! setelah tengok muka abang Ben Ashaari yang hensem tu.wooowww!!!

Sebenarnya aku nak ingatkan korang aku memang masih baru dalam blog ni.tak sampai sebulan kot! Jadi aku nak kenal-kenal blogger yang hebat-hebat seperti korang. Aku perlukan korang untuk mengkritik kerja hasil menaip aku dan berkongsi pendapat atau pengetahuan yang aku tidak tahu. Dan aku tahu aku mempunyai bakat menulis seperti Faizal tahir (tiba-tiba). Jadi korang kena lah baca blog aku 3 kali sehari sebelum makan pagi, petang, dan malam..muahahha

Okey! jom la ramai-ramai join segmen ni! just klik sini Ben Ashaari hensem.Gudluck bebeh!!

Kelas memasak? Antara terpaksa dan dipaksa.

Bagi kaum-kaum hawa korang selalu tak join kelas memasak? Bagi aku tak payah la aku join sebab aku dah terer memasak..muahaha belagak hebat kemain!! 


Beberapa minggu yang lepas aku dipaksa dan terpaksa mengikuti kelas membuat kek. Oleh sebab mak aku jeles tengok aku asyik melekat muka dekat laptop alah ni, beliau tanpa rasa bersalah telah menghantar aku ke kelas membuat kek!! Adoii aku dah la malas nak join benda-benda macam ni sebab aku dah terer!! muahaha. Nak tak nak aku pun ikot. Hmm not bad kelas dia banyak aku belajar resepi-resepi baru buat kek ni. Nak tahu?? aku je pelajar muda dalam kelas tu. hebat bukan??? tepuk la sepuluh kali oiiii!!!


Nah korang cuci mata je la kek yea tengok kek ni!!(aku buat kek mesti sedap punya)


Sebelum tengok kek tengok la dulu gambo syok sendirikkkk!! macam kek bukan??


belajar buat kek chocolate indulgence. hebat tak? kalah chef wan tu..muahhaha


ni la kek chocalate indulgence yang korang beli kat secret recipe tu !!!(tipu)


tiramishu. kek ni aku suka makan tapi tak suka buat! bukan apa nanti aku buat sedap pula..muahaha keji!


Sebenarnya banyak lagi kek yang aku belajar tapi tak sempat nak ambil gambar kononya nak fokus belajar buat kek latuewwww!! Mesti mak aku bangga ngan aku. Awwww suka makngah! 


P/S: sebenarnya aku nak share resepi tu ....tapi resepi dia dah basah sebab aku letak dalam poket seluar then terbasuh sekali dalam mesin basuh!! hehee

Tuesday 19 July 2011

Mentarang. Tercapai juga ngidam aku ni.

Fuh akhirnya makanan yang aku idam-idamkan nak makan dari 5 bulan yang lepas tercapai juga. Akibat muak dan terasa loya, bapak aku terpaksa menurut perintah aku mencari mentarang. sebab apa?? sebab aku ngidam teramat sangat nak makan benda alah ni.heee.Mentarang? Apa ni? Sejenis 'binatang' kah atau sejenis permainan seperti bola keranjang?

 Haa buat orang yang berada di utara semenanjung sememangnya dah tahu apa itu mentarang.bagaimana rupanya dan apakah rasanya. Mentarang di katakan banyak terdapat di Perlis namun selepas tsunami melanda ia juga terdapat di kawasan lain seperti Sekinchan. Kalu korang nak tahu lebih lanjut search wikipedia ni. Aku ni malas nak taip bukan apa busy bebenor ni .heeee

Ni lah rupa si pakcik mentarang ni.ohhh ensem bukan????


                                                                   image:google


Mentarang ni kalau nak makan dia kena basuh betol-betol sebab banyak selut. tak pun kalau korang suka makan selut tak payah la basuh..hehe. Aku suka makan mentarang ni kalau buat bakar makan dengan air asam. Pehhh memang meleleh air liur time taip ni..muahaha. Aku kalau mentarang ni buat masak sambal ke cili api ke, pancake ke memang tak boleh masuk dalam perut aku..haramm!!


    fuhhhhh!! sedap hingga menjilat ibu jari kaki;)                


OK! Kalau yang belum try makan mentarang ni aku syorkan try la makan. Di jamin halal, sedap, berkualiti dan bermutu tinggi. Belum cuba, belum tahu!!;)



Monday 18 July 2011

Permohonan Biasiswa IPTA

Selamat pagi adik-adik comel dan kacak sekalian. haa jangan membuang masa terus the main point. nak bagitau kepada pelajar-pelajar yang mendapat tawaran IPTA boleh membuat permohonan Biasiswa dengan klik di sini permohonan biasiswa

                      


P/S nanti dah dapat biasiswa jangan lupa belanja akak yea;)

Sunday 17 July 2011

Pertandingan Fotografi Kebangsaan 1Malaysia

Ehem! kepada photographer 1 MALAYSIA yang berminat menyertai pertandingan ini di alu-alukan dengan sukacitanya. Bagi yang berminat boleh klik di sini Pertandingan Fotografi


P/S: Serlahkan bakat photographer korang tu.!!!!go00000 photographer 1 Malaysia (excited bagi semangat)

Tonton Drama Korea secara online

Korang yang memang minat drama Korea boleh la tonton secara online. Kat sini aku bagi korang link untuk tonton drama ni. haa korang tengok la sampai terkeluar biji mata. Cuma klik ni  Jom tonton dan Klik ni pula

Kalau korang tak tengok lagi drama ni aku sarankan tengok la SECRET GARDEN ni. Bagi aku la cite dia best sangat dan tak bosan. Dah banyak cite aku tengok tapi aku tetap suka cite ni.heee


Ok selamat menonton sampai terkeluar biji mata.

p/s: kalau korang ada cite best share la kat sini;)

2PM show.Jom la bergelak santai.

Petang yang terluang ni aku isikan perut aku dengan bergolek-golek atas lantai. Mak dan abah aku pun pelik tengok aku gelak berdekah-dekah sampai nak pecah lantai. kalau korang nak join gak jom la.
Jom layan je video ni.




Lepas tu mak abah aku dah tak tahan tengok aku gelak sorang-sorang(jeles latuewww) dorang pun join tengok juga.tiheee. lepas tu jiran aku pula nak join. bak kata habis satu kampung aku pon nak tengok juga show ni. (tipu). okeh korang tengok la confirm best gelak golek-golek!;)

P/S: Apasal la ramai yang jeles tengok aku gelak golek-golek! kang aku naik berapi susah pulak! 

Saturday 16 July 2011

Perkahwinan Farah Diana AF2 dan Pasangannya Johan Johari

Wow! sangat-sangat la teruja tengok gambar perkahwinan penyanyi Farah Diana.Comel dan cantik. Taniah  di ucapkan. Semoga berbahagia hingga akhir hayat.Amin. majlis perkahwinan ini diadakan di Putrajaya dan ala-ala Titanic gitu korang tau!! jeles makngah!

 Jom layan gambar.

secocok je kan.bagai pinang di belah dua;)




cantik kan??



eh!!! merah lagi inai i dari u..bisik Farah kepada suaminya sambil tersenyum sipu.

Farah dan suaminya akan berbulan madu di Kepulauan Maldives sebelum Ramadhan ini menjelma. Semoga anak-anak Farah nanti comel macam dia..heee;)

P/S: hai korang bila pula nak kahwin?? nanti dah kahwin jangan lupa share ngan pembaca tau;)


Terkenang saat-saat indah bersama oppa Korea....

Bila tengok berita TV3 malam ini tentang "gelombang Korea" aku secara automatik teringat kenangan bersama student Korea yang exchange ke Universiti Malaya(UM) . Kos yang aku study di UM amat-amat memerlukan aku banyak berinteraksi dengan student dari Korea.(bajet latueww). banyak kenangan tercipta
bersama.cheeewahh.

 Tapi sekarang bila dorang dah kembali ke negara dorang, aku still ingat macam-macam aktiviti bersama. banyak program yang dianjurkan.Banyak juga aku dapat skandal mat Korea...muahahaa;P


oppa...saranghae(nada gedik);)


ni lacture Korean aku.sekali dia masak main ramas macam ni sedap ohhh!!


Teringat time masak-masak ngan dorang..sobss.sobss!!


Ok! ni je la yang sempat aku upload gambar.sebenarnya ada lagi nak show off kat korang..bajet macam korang nak tengok kan. tapi line internet ni macam ayam berak kapur hilang mood aku nak buat entry yang gempak.hahaha

p/s: sapa nak kenalan dengan mamat korea call no ni 010-12345678(tipu)







Tonton Siaran langsung Online Malaysia VS Liperpool 16 Julai 2011 di 2dayblogger.com ...

 mari meriahkan petang ini dengan menonton perlawanan Malaysia Vs Liverpool secara online. Malaysia sekali lagi akan menghadapi perlawanan yang mendebarkan  di stadium Bukit Jalil petang ini. So, jangan lepaskan peluang menonton secara online klik di sini


Korang boleh la online guna wifi kat kedai mamak tu. Tunjuk sikit korang punya la hebat tengok live perlawanan ni secara online..!! pehhh sampai gigi palsu mamak terjatuh dalam nasi kandar korang..muehehee 


p/s: Harap pasukan Malaysia dapat memberi saingan yang hebat!! malaysia boleh!!;)






Thursday 14 July 2011

Teringin nak ke Korea?? Jom kita terbang bersama......

Assalamualaikum

Heh..Jom-jom ke Korea dengan membaca entry aku ni je!!!!..tiheee..Sebenarnya time aku tengok album

gambar lama ketika dulu (sewaktu aku tua) aku tiba-tiba terjumpa dengan album ni..Sweet memory inKorea.  Awww bajet sweet sangat letuewww..

Hmm serius aku terkenang kawan-kawan, makanan, dan  persekitran di Korea.

aku rindukan suasana belajar kat sana. Bangun pagi tak payah-payah aku nak sibuk beratur kat bilik air untuk mandi.

Bangun pagi je terus tempek bedak lepas tu pergi kuliah..haha hebat kan!!! 

Satu lagi aku pakai je pakaian comot-comot baju tak iron la segala bagai..sapa nak kesah kan??
habis tak mat Korea tersangkut ngan aku.haha bajetnyewww..

 nah ce tengok gambar aku ni kot-kot korang ada berkenan kat mat Korea bagitau je aku tolong ejaskan..tiheeee


 Ni classmates aku yang cun dan ensem**:))



Bergedik santai di Nami island. Ceh aku ingat aku paling tinggi sebab kat Malaysia aku kot yang paling tinggi!!;))



Di Everland...Yeah ni theme park lebih kurang macam gengting higland la.(sila abaikan pose aku yang poyo)

Tu je la story yang aku just nak share..hmmm serius aku rindukan suasana di sana especially 

time study.kat sana aku lebih rajin berbanding di Malaysia. kenapa ya?? haa korang tolong la jawabkan.;))



P/S: Hai agak-agak kan bila mat Korea nak masuk meminang aku ni kan??heee

sila semak Keputusan Upu Lepasan Stpm/ matrikulasi/ dan Setaraf dengannya..

Assalamualaikum..

Hai adik-adik yang comel..Sudah bersediakah anda menjejakkan kaki, badan, dan segala bagai ke alam 

universiti? Pasti adik-adik berdebar kan? So, cepat la semak keputusan dengan segera mulai esok 15 Julai 2011

 Adik-adik boleh Klik di sini untuk menyemak keputusan.....hah sebelum semak tu berdoa dulu! jangan gelojoh..heee;))


Ok.Selamat menyemak yea dan Insyaallah kalau ada rezeki adik-adik akan berjaya.

                                              
 P/s: Semoga adik-adik berjaya dan mengenggam segulung ijazah;))


© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™