Wednesday 30 November 2011

Wordless wednesday #6




Permainan Idaman masa kanak-kanak ribena

Monday 28 November 2011

Ustaz Azhar Idrus

Wah dah lama kiranya aku tak updated blog ni! Berhabuk macam sarang tikus mickey mouse gamaknya. kesian peminat blog aku yang ternantikan entry baru kan?? Tolonglah mengaku ye..T.T


Memandangkan aku sekarang ter'amat' busy. so waktu untuk bermesra dengan blog kesayangan terpaksa di hadkan untuk masa depan yang cerah, cemerlang,gemilang dan terbilang. Sebenarnya entry ni aku just nak share something yang aku rasa patut share dengan korang semua. Aku ada ilmu walau sebutir nasi Beras cap rambutan ,aku  baca sesuatu yang faedah, dan aku rasa bermanfaat, so aku patut share dengan korang. sharing is caring right...Wuuuu caring la sangat yea!


Wanita:

Lelaki:






Sebenarnya, aku jumpa gambar dan kata-kata yang comel lagi tersirat seribu makna ni dalam page Ustaz azhar Idrus. Aku kagum dengan Ustaz Azhar Idrus dengan cara dakwahnya yang cool, berkesan dan ceramahnya lawak berjenaka dengan tersellit unsur-unsur nasihat yang senang di terima. 




P/S: kartun ni Ustaz Idrus lukis ke? memang berseni la..mata ni asyik melekat dekat kartun comel tu je..haip!!









Thursday 17 November 2011

Sejak jadi blogger rasa diri nak cantik je! motif?

Sejak dua menjak abad  aku jadi blogger ni, macam-macam keinginan nak. Belek blog sana,belek blog sini, termenung..fikir macam-macam. kadang-kadang ada juga tu rasa iri hati sampai tak sampai hati nak bagi hati ni kat boyfreind lain! nak jadi blogger terkenal la, nak jadi penyanyi suara sedap macam Faizal Tahir, nak makan nasi sambil baring terlentang macam gajah lepas makan. Hoii apa merepek ni!


Okeh berbalik kepada entry aku, ramai aku tengok para blogger kebanyakannya ohsem atau cantik der! Atau nak jadi blogger  syaratnya mesti kena cantik bak kuih bulan? hoi serius aku suka tengok perempuan cantik. Tapi.Tapi bukan bermakna aku suka sesama jenis.Puii! Dan bermula dari situlah aku gatal-gatal nak mencuba produk kecantikan dan kesihatan yang para blogger jelitawan guna. ye lah aku pun nak cantik jugak kot! sobss


ni produknya.silalah guna untuk cantik seperti blogger lain!


mana la nak tahu kan tiba-tiba lepas guna produk ni muka aku jadi macam ni:




Sentap mak aku tengok muka baru aku! memang nak kena makan pelempang la! ye la dah muka orang lain, nak mengaku tu anak dia jugak, pelempang la jawabnya.muahaha

Wednesday 9 November 2011

Korean Speech Contest: Teruja woi

Hari ini dengan semangat berkobar-kobar bak di sengat bapak tebuan, aku ke Korean Plaza.No.No.No bukan korean plaza kat Korea weh.Tempat ni area Kuala Lumpur je. Buat apa aku kat sana? Mungkin jumpa jodoh dengan orang Korea tak pun saja buang tabiat nak bajet ala-ala Korea macam kumpulan 24:7 tu..Ceh bapak ngeri!! Sebenarnya aku ke sana just nak support kawan aku participant dalam Korean Speech Contest.Just nak support je ok!! Bukan aku yang particapant. Bukan apa kalau aku participant kan semua hadiah aku yang rembat. Kesian pula kat orang lain.erkk!!

ni kawan aku yang particapant korean speech contest.Kemain sebelum contest start diorang buli aku suruh ambil gambar..sobsss


Ini namanya obses k-pop tak ketahuan hala sampai gambar patung pun nak ambik..haha


Kumpulan super junior versi Malaysia.


Aku sebenarnya berbangga dengan kawan-kawan aku. dalam dok ketar-ketar lutut sampai air liur melelah pun tak sedar tapi boleh perform dengan bagus. Rasa terharu juga aku dapat kawan macam ni.*Tetiba.Tapi maybe takde rezeki dia tak menang. But sorang lagi menang dan dapat hadiah kamera. kau hado?


Pasal satu lagi aku nak ke Korean Plaza ni bukan nak support kawan sebenarnya tapi nak makan makanan Korea free je.Point nak pegi sana aku cakap kat lecture nak support kawan tapi dalam hati tak sangat pun..nak makan je lepas tu blah..hahaha


Ambik ko tengok je makanan ni sikit tapi bila makan, ko tunjuk la makanan apa pun semua aku takmo dah! 


Rasa macam sayang je nak balik bila oppa(abang) ni senyum kambing kat i.=.="

Sunday 6 November 2011

Hari Raya Aidiladha yang hambar.

Salam korang dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Macam mana best tak raya tahun ni? Korang sibuk berkorban juga ke? Habis daging lembu korang meratah sampai mabuk kepayang yea! Serius raya tahun ni bagi aku suram dan hambar bak awan mendung kelabu suam-suam kuku. Jeles wa cakap lu bila tengok blogger kemain post gambo raya yang meriah kemian. Gigit jari je wa tengok. Rasa seram sedih seram sedih je..sobsss.


Orang lain balik beraya kat kampung. Jumpa sanak-saudara.Bermain lari-lari anak dengan lembu ala-ala bollywood. Aku ni beraya di Kuala Lumpur bersama pokcik-pokcik Indonesia dan Bangladesh. Seram wa cakap lu. Gua naik LRT, gua rasa gua yang pendatang asing.Gua rasa gua kecik besar,kecik besar je depan diorang.Puii. Lepas tu gua rasa nak angkut tilam je tido atas jalan raya sambil main jutaria dengan kengkawan. Alangkah indahnya bila tengok kete ciput-ciput je atas jalan raya. Siap boleh jalan lenggang Mak Kiah lagi kot! kau hado?? 
Tapi.Tapi.Tapi inilah pengorbanan bila tak boleh balik beraya kat kampung tercinta.T.T


Kami beraya bertiga sahaja.SobssT.T




Tetiba terasa aku ayu pula macam Ayu Raudah!!hihi


Ustazah pilihan.Boleh ke??hihi




Korang pula macam mana sambutan raya? share la juga terutama yang beraya di perantauan. Yang beraya di kampung jangan share woi nanti wa nangis 4 hari 4 malam sapa nak pujuk haa!!

Saturday 5 November 2011

Al-Fatihah:Tiada Masa untuk berdoa

 Entry kali ni aku just nak share kepentingan membaca surah Al-Fatihah. Walau sesibuk mana pun korang, walau di mana jua pun korang berada. jangan.jangan.jangan lupa kepada yang Maha Esa. Jangan bila kita susah je, baru kita ingat. Bila senang kita lupa kepadaNya.


Jadi, hayatilah Al-Fatihah dengan penuh khusyuk dalam setiap solat kita. Betapa Allah sayangkan kita walaupun tiada masa berdoa, apabila kita bersolat makanya kita turut berdoa.

Wednesday 2 November 2011

Wordless wednesday #5

Entry panas.Kekangan masa.

Hai hai korang semua. Ini entry namanya entry kekangan masa. Dalam dok 'berbusy body' kemain nak jugak taip entry ni. Macam la ada orang nak banyak sangat kan! Pui! Hmm korang.. sumpah aku rindu tahap  suam-suam kuku sangat kat blog kesayangan aku ni.sumpah juga aku memang banyak idea nak post kat blog ni tapi akibat kekangan masa dan masa sememangnya amat mencemburui aku, so kempunan la aku nak bermanja-manja dengan blog ni.


Aku memang boleh dikatakan setiap hari akan jenguk blog aku dan blogger yang lain. Ibarat aku kena makan nasi tiap-tiap hari la. Kalau aku tak jenguk maknanya aku tak kenyang dan tak merasa nikmat.Tapi setiap kali tak ada entry baru blog aku hambar dan tak meriah macam blog korang semua. Sedih kemain woii. UV dah la tahap ciput lagi la bertambah ciput jadinya.sobsss.Dari pesanan blog-blog otai mengatakan at least blogger kena post satu entry sehari. ni aku nak post satu entry pon tak dapat. Busy body kemain mengalahkan orang jual surat khabar lama.




P/S:Masa! masa! kalau bagi 48 jam sehari pun tak cukup juga.T.T





© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™