Wednesday 31 August 2011

Acara kutip duit raya besar-besaran


Hari ni masuk Hari Raya yang ke-2 .Penat kemain huha huha kutip duit raya hingga ke pelusuk kampung di redahnya. Walaupun usia makin meningkat namun itu bukan penghalang bagi mendapatkan sekeping dua duit syiling raya. Sobss. 


Oleh itu dengan berbekalkan semangat dan iktizam demi meraikan perayaan dan kemerdekaan, KFC telah di jadikan tempat untuk memeriahkan lagi sambutan bersama-sama kengkawan yang huha huha. Ceh orang lain kemain semangat raya kat kampung kami sibuk nak berKFC la pulakkkkk!!!


habis jahanam gambo aku tetiba lekat gambo amoi tu..baru nak tunjuk semua berbaju kurung..


upacara wajib tersenyum kambing kepada pekerja KFC


Dorang ni bukan pegi makan KFC tapi kebulur nak makan sos cili je!! sobss kesian



Hah tengok!! meja penuh dengan sos cili..ni buat aku hangin*tetiba


Haa meja kami la yang gempak habis huha huha macam orang baru kuar penjara. Tu baru sikit kumpul kalau ramai tak tahu la aku.Retak habis meja dibuatnya. kang kena lempang empah puluh juta kali.


Ok ini muka tahan comel empat puluh juta.sila jangan muntah purple...


sekian.pstt nak duit raya boleh?????

Wordless Wednesday #2


P/S: Makin kuat melompat makin nampak perut muncit akibat makan ketupat bebanyak=.=

Sunday 28 August 2011

Nak kelihatan comel di pagi raya??? pakai la anting-anting ni..


Terasa begitu teruja untuk memakai anting-anting ni di pagai raya. mesti kacak macam faizal tahir kan tak pun macam makcik kiah tengah anyam ketupat palas ?? kau hado?? kalau takde cepat-cepat la dapatkan segera.=.=

 Anting-anting telur. Buat macam aku nak baling-baling macam mercun bola je.comel kot!!

Keypad komputer aku memang untuk buat anting-anting je!sentap

Korang kalau dah taknak guna pemadam dan pensil baik kitar semula buat anting-anting.kan berfaedah!!



anting-anting sekoci!!unik beb. mak aku naik hangin aku selalu curi menatang ni..


sesape yang berbaju raya kuning.. akan kelihatan lebih comel dengan pakai anting-anting ni.


korang kalau lapar bole bawak bekal burger ni ke mana-mana.hanya dengan pakai anting-anting ni je..muahaha


Ok sekian la segmen comel-comel bersama anting-anting. Harap korang dah bersedia nak sambut syawal dengan ala kadar. Jangan la berlebih-lebihan teruja kemain nak sambut raya hingga sanggup berhutang nak kelihatan cantik dan menawan.Sampai berhutang hingga tulang rusuk dengan ah long.tak patut..Papepun Selamat Hari Raya.

Thursday 25 August 2011

MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA

Nak join? KLIK SINI

Sebelum korang terkinja-kinja nak kumpul duit raya, mari la kita berjemaah mengumpul follower. Bukan apa boleh la kita beramai-ramai mengumpul duit raya ke rumah setiap follower kan?? haha macam la boleh kan? 

Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya dan selamat makan kuih-muih sampai lebam bijik mata.=.= Andaikata tersalah kata ku mohon maaf yea.

Pstttttt..boleh tak nak sama kaler baju raya ngan korang???boleh???(gaya gedik)


Tanda Hari Raya semakin hampir..Anda mengalaminya????



 1) Jalan raya semakin sesak, padat, dan sangat la semput kepala aku nak hadapinya.


2) Merosotnya bilangan jemaah sunat Terawih. Semua sibuk dengan persiapan hari raya la kan.(mengata diri sendirik) . Buat kuih bangkit sampai lenguh tulang rusuk. Cari baju raya tiga empah puluh kilo sampai lebam biji mata.sobsss




3) Kemeriahan bunyi mercun dan meriam buluh bak purnama merindu.Kalau dengar bunyinya boleh sentap empah puluh lapan kali!!



4) Tauke perabot sentiasa senyum sampai ke telinga tulang rusuk.


5) Tiket bas sudah habis terjual. Nah ambik kau tak boleh balik raya..lagi best raya dengan mat bangla empah puluh kali! Nangis sampai kuar air mata hijo la..

Kalau kau comel time nangis macam ni aku tak kesah la kau nak nangis pun!=.=    


P/S: Apa pun persiapan raya biarlah bersederhana dan ingatlah pada yang tidak mampu ..

Tuesday 23 August 2011

Baca Al-Quran Tapi Tak Faham! Ada Fungsi Ke Baca????



Al-Quran. Kita membacanya tapi kita tak faham pun apa maksudnya. Jadi, ada fungsi ke kita baca? Membawa kesan ke dalam jiwa kita?? Sebenarnya aku just nak share satu kisah menarik yang di kirim dari kawan aku melalui email. Tapi tak tahu la korang dah tahu kisah ni. Aku tetap nak share jugak! =.= 


Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran? Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang dibawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih luar dan dalam. Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah S.W.T. dalam kehidupan kita.

Sekian al-kisahnya. Semoga dengan kisah ini kan terbuka hati kita untuk lebih membaca Al-Quran.



Thursday 18 August 2011

SAYA BLOGGER PRIHATIN





segmen yang prihatin dari blogger terhebat Ben Ashaari
Mari sama-sama perihatin terhadap warga somalia yang begitu daif hidp mereka.
Kita sepatutnya bersyukur dapat berada di Malaysia yang jauh lebih baik keadaan kita daripada mereka.

Bersama-sama membantu mereka walaupun hanya mengirimkan DOA dari jauh.
~semoga penderitaan mereka akan berakhir~


Wednesday 17 August 2011

wordless wednesday #1


Nak jugak wordless segala bagai kan?? =.=

                                          masjid di itaewon, korea


Tuesday 16 August 2011

Kempunan nak kad raya

Sudah berabad-abad lamanya asyik kempunan nak kad raya sampai air liur meleleh mencecah langit.Sobs..sobss. Kesian kan dah lama kot aku tak dapat kad raya. Dulu tiap-tiap hari dok tunggu abang posmen hantar kad raya. Dengar je bunyi motor terus lari lintang-pukang mengalahkan pelesit ingatkan posmen yang datang tapi apek jual ikan!! ceh! dulu aksi aku kemain amat teruja benor dapat kad raya mengalahkan monyet yang dapat bunga. Pastu kemain heboh serata kampung dan kawan-kawan yang aku dapat kad raya banyak tahun ni. 


Weh Dollah!! aku dapat kad raya banyak. Faizal tahir pun hantar dekat aku!!

Dollah kau hado banyak ni kad raya?? tak de kan..!(sambil muka belagak tahap monyet dapat bunga)                          


Sekarang???


 Tu lah akibat kecanggihan teknologi IT yang begitu drastik  sehinggakan abang posmen dah boleh duduk goyang kaki sambil makan coklat dengan enaknya. Amalan tradisi hantar kad raya melalui posmen semakin di lupakan. waa sungguh kesian kan. Hmm..tak best la sekarang aku dah tak dapat kad raya realiti lagi. Dah tak dapat kad raya dari peminat-peminat di luar sana .(sila muntah kuning).sekarang kad raya aku dapat dari dunia maya je. tak boleh pegang dan rasa segala bagai.Apatah lagi nak gantung-gantung kad di dinding rumah sambil belagak angkat-angkat kening sebelah . Dulu dapat kad raya banyak-banyak boleh la gantung kad dinding rumah. Ni tak sekarang dapat kad raya dari laptop atau handphone..Tak kan aku nak gantung handphone kot kat dinding!! mau mak aku bagi pelempang terus masuk ICU empat puluh hari.


Tapi tak boleh salahkan IT kan?? IT yang menyebabkan kita semakin maju hanya dengan menggunakan jari je seperti iklan rambut pantene tu. Salah satunya sebab penghantarannya amatlah cepat dan mudah. Bak kata boleh hantar dengan cepat ke seluruh dunia hanya beberapa saat je. Tak payah pakai setem segala bagai kan. Walaupun susah aku tetap suka abang posmen tu.tetiba




ok sekian surat cinta aku untuk abang posmen!=.=

Sunday 14 August 2011

Jangan minum air botol....!!



Korang suka sangat kan minum air botol berbotol-botol sambil baring terlentang tengok cite doreamon. lepas tu ketawa terbahak-bahak sehingga doreamon pun takut tengok perangai korang. Cest memalukan. Korang pernah minum kan air botol yang lapan puluh juta tahun terperap dalam kereta? mesti pernah kan..kan??


 Sebenarnya air botol yang dah lama terperap dalam kereta ni amat la bahaya khususnya bagi wanita yang comel-comel ni. sebab apa? sebab menjurus ke arah menghidap kanser payudara. so, tuan-tuan sila lah beritahu lapan puluh juta kali info ni kepada mak, adik, kakak dan girlfriend tuan-tuan dengan kadar segara.


mengapa air botol yang terperap dalam kereta ini bahaya??? Sebabnya bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu. bhan kimia ini pula menyebabkan racun atau toksin.  So, kita akan lebih cenderung menghidap kanser payudara.Lepas ni kau jangan la terhegeh-hegeh macam doraemon nak minum air terperap dalam kereta ok. Kalau nak sangat baik minum air sungai yang sudah sekian lama terperap lapan puluh juta tu ^.^


 pic: pokcik goggle


Ok,sekian berita hari ini=.=

kau suka cari pasal kan?

Ye kau memang suka sakitkan hati aku, suka buat aku tertunggu-tunggu sampai tiga puluh empat tahun kan. Hey facebook! time-time aku rancak nak balas comment..tengah syok usha dress lawa-lawaa kau nak main-main sorok segala bagai ngan aku kan. Benci betol! Apa taknya aku nak login facebook asyik jadi error je kot. Mentang-mentang la facebook aku notifications banyak kemain kau jelas pulak nak santau aku yea facebook! sampai hati


Hah tengok ni boleh pulak dia cakap account facebook aku unavailable!grrrrrrr








Aku pun sebenarnya dah naik bosan sampai muntah hijau dengan facebook ni. loading page dah la lambat tahap monyet bergelak tawa. Dula ada la aku gila main game kat facebbok sampai dunia persekitaran aku tak endahkan. sampai orang makan nasi aku ni makan beras je sebab nak main game masak-masak kat facebook alah ni.sobss ...sobss







Thursday 11 August 2011

"Giveaway [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan”



Di pagi hari hati kemain melompat-lompat teruja untuk join GA sitiatikah. mana tak nya Giveaway yang di beri amatlah berbaloi-baloi di antaranya ialah:-



RM 260 (RM 100 + RM 50 + RM 50 + RM30 + RM 20 + RM 10)
Domain + Hosting
Topup RM 20
Kad Raya
Keychain Singapore
Keychain Sarawak
1 CD Trust Port Total Protection edition 2011

main sponser:-

   Tarikh tutup: 20 august 2011
   Menggunakan random.org untuk pemenang.

sedapnya tomato ini....



Sedap ke tomato??? sedap sangat ke sampai mak aku asyik membebel empat hari empat puluh malam paksa aku telan tomoto ni..sobs.sobs kejam betol mak aku. Aku benci kau tomato merah!! 

sampai hati kau buat mak aku  tergila-gilakan kau!!

Aku ni dah la tak berapa suka sangat nak telan tomato ni tambah-tambah yang tomato mentah ni. Eee rasa dia macam mana ntah. Kalau aku makan pun mesti aku masak bagi dia hancur lebur ibarat di gilis kereta kebal. Haaa then baru aku boleh makan tanpa was-was.

Walaupun aku tau tomato merah ala-ala bibir faizal tahir ni berkhasiat..tapimulut serta perut aku tak boleh terima untuk memakannya dengan begitu rakus sekali. kesian kan

Sebenarnya banyak khasiat yang terdapat pada tomato merah ni. Antaranya (ceh! skema semacam kot ayat aku)




tomato dapat menegangkan kulit serta dapat melicinkan kulit. Tomato juga membuatkan wajah kelihatan bersih. sebabnya tomato terdapat pelbagai vitamin seperti vitamin A,C, dan vitamin E. Yang paling best tuan-tuan yea tomato boleh menghilangkan jerawat tegar di muka anda. So, apabila makan tomato muka anda akan bertukar menjadi faizal tahir.tipu


ya bagi kaum lelaki pulak memakan tomato sambil menonton kartun shin chan mampu mengurangkan kanser prostat. Sebab apa? sebab tomato ini mengandungi lycopene. So, apa tunggu laki. Sila lah makan tomato tiga kali sehari selepas makan pagi,petang dan malam




Bagi yang mata asyik melekat di screen komputer or latop..semestinya akan terhasilnya eye bag yang berat untuk memikul. Jadi anda juga disarankan makan tomato tanpa was-was.ini kerana dapat mengembalikan kesegaran pada wajah yang cun dan macho tahap faizal tahir.


Ok sekian dari Doktor coklat berapi yang tak bertauliah.

Wednesday 10 August 2011

Perpisahan ini..menyedihkan dan menyakitkan..


Sedih, perit, sakit bila perpisahan terjadi kan.kan..ibarat bumi dah jadi gelap-gelita tanpa kewujudan sang suria. Macam tu la aku rasa apabila aku sedang enak feeling lagu perpisahan ini yang di nyanyikan oleh Aizat Amdan special untuk aku! muahaha perasan.

Aku tetiba terpikat, tersuka, dan terpersona dengan lagu ni taktala aku mula menonton drama LAILA MANJA di TV3. Agak best drama ni. Bagi aku la. Banyak konflik yang berlaku menyebabkan aku teringin memakan cornflakes di siang hari.. Yang pastinya aku suka tengok watak Nabila Huda yang watak 'jahatnya' memang menjadi kaw-kaw. Ya dop? 



So, korang ce feeling lagu ni tengok! sentap jiwa mak nak...sobss..sobsss
    





Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

P/S: sedih kan..amat menikam kalbu...sobss..sobss.benci tau.



Tuesday 9 August 2011

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2

Assalamualaikum..


Kemain aku kalau Ben Ashaari buat segmen je aku mula la teruja segala bagai nak join meng'join' ni. Kot-kot la aku boleh tumpang femes beliau juga. Muahaha. Korang dengan segala segan silu sila lah join segmen Ben Ashaari ni. Join je menaip banyak tak guna juga! ya dop??

Blog aku ni baru ditubuhkan sebulan lepas. Blog ni aku dirasmikan dengan jayanya oleh aku. Yah korang tengok blog aku memang simple sangat kan. Aku ni tak pandai sangat nak hias-menghias guna Teknologi IT segala bagai. Tapi aku tak akan putus asa menyelongkar dan memperbaharui blog aku agar lebih baik pada masa hadapan! (sambil angkat kaki laju-laju tanda berikrar)

Ini antara blog yang aku berjaya geledah..

ourkizuna     => blog simple bak kata senang nak load segala bagai..hehe
amyliana86   => blog yang comel dan kreatif...i like pink walaupun blog i tak warna pink..ahaha
cthaslinda      => suka doodle beliau buat..comel kemain!!
farizaothman     => blog yang elegant, kemas teratur gitu..


So, uncle, makcik, kakak-kakak jom join segmen ni untuk mendapat kenalan segala bagai
P/s: nanti aku a view blog kalian semua okkk....tungguuuuuu!!!


When I asked...Then HE gave me....


Assalamualaikum..

I asked  and always asked Allah..!! Oh Allah..please give me...

  • Love
  • Favours
  • Strength
  • prosperity
  • wisdom





               But he gave me....??????

  • love          => trouble people
  • favours     => opportunities
  • Strength   => difficulties
  • prosperity => Brave and brown to work
  • wisdom    => problem to solve


Hmmm...... i received NOTHING i wanted!!!


BUT!!!  I received everthing i NEEDED....Amin...peace!;)

Monday 8 August 2011

Jom Tambah Follower


Pagi-pagi buta taktala eksited untuk menunggu sahur nanti... apa kata kita ramai-ramai join segmen mr.aril ni. Dapat gak faedah menambah dan berkenalan sesama FOLLOWER yang hot-hot dan meletop bak gunung berapi tu...Dah tak payah cakap banyak! Aku suruh join so join je la! Kejam!


Sunday 7 August 2011

Popia Goreng..cara orang malas membuat popia goreng.

Assalamualaikum^.^

Oh bulan puasa ni macam-macam makanan je aku nak masak. Seronok rasa dapat menyediakan masakan berbuka puasa untuk family tercinta. Tambah-tambah tengok family makan dengan begitu tekun lagi berusaha membangkitkan aku untuk terus berjuang menyediakan masakan ketika berbuka puasa. Sememangnya makanan yang aku masak amatlah sedap sekali. Ahahaha keji!

Semalam aku terasa amat malas sekali. Entah la aura mana yang menyampuk aku untuk kelihatan malas. So, aku telah menyediakan POPIA GORENG MALAS untuk santapan ketika berbuka puasa. Walaupun popia goreng ni malas tapi orang yang memakannya sangatlah rajin sampai habis popia tu diratahnya..

Ini antara bahan-bahannya. aku pakai sardin je sebab dah nama pun popia goreng MALAS! ahahaa


 yang ni siap digoreng dn boleh la makan sambil baring bergolek-golek malas seperti popia goreng malas....


 ni saja yang sempat aku share secara malas~~~

Selamat mencuba...;)


Tuesday 2 August 2011

Keistimewaan buah kurma


Enak di makan begitu saja.

Buah kurma banyak terdapat keistimewaannya tak kira lah kan buah kurma cap Yusoof Taiyob ke cap omar ke.. engkau kena makan jugak sebab musababnya la. 

Kurma digalakkan makan ketika berbuka puasa. Ini kerana membantu tubuh kita untuk lebih bertenaga ketika berpuasa selain menambah kandungan zat gula. Rasullullah juga mewasiatkan agar umatnya memakan kurma ketika berbuka puasa. 

sesungguhnya Rasullullah bersabda;
“Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). 

Jadi mari kita mengikut sunnah Rasullullah dengan memakan kurma ketika  berbuka puasa mahupun semasa sahur..

P/S; manis tak kurma ini?? 

Hidangan berbuka sosej pulut babi..geli tekak aku!!

Sosej bakar. Korang selalu makan? Aku penah gak makan sosej ni tapi dah lama. Nasib baik aku kurang sikit makan sosej alah ni. Tapi semalam waktu ke bazar Ramadhan ada juga adik aku beli untuk juadah berbuka. Dia cukup suka makan sosej alah ni. Tapi sosej ini dikatakan tidak halal kerana mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. Wekkk geli geleman dah tekak aku ni!! serius sebab aku dah penah makan,..euwwwww



Sosej alah ni sebenarnya di masuk secara haram di negara kita melalut Thailand. Senang je kan penjual jual sosej ni tanpa tengok status halal atau tak. ni silap kita juga. kita kena barhati-hati waktu berbelanja di bulan ramadhan kan..kan. Korang boleh baca lebih lanjut tentang sosej ni di Metro Online

P/S: makan makanan masak sendiri lebih baik kan dah tahu status memang sah HALAL..;)
© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™