Thursday 11 August 2011

sedapnya tomato ini....



Sedap ke tomato??? sedap sangat ke sampai mak aku asyik membebel empat hari empat puluh malam paksa aku telan tomoto ni..sobs.sobs kejam betol mak aku. Aku benci kau tomato merah!! 

sampai hati kau buat mak aku  tergila-gilakan kau!!

Aku ni dah la tak berapa suka sangat nak telan tomato ni tambah-tambah yang tomato mentah ni. Eee rasa dia macam mana ntah. Kalau aku makan pun mesti aku masak bagi dia hancur lebur ibarat di gilis kereta kebal. Haaa then baru aku boleh makan tanpa was-was.

Walaupun aku tau tomato merah ala-ala bibir faizal tahir ni berkhasiat..tapimulut serta perut aku tak boleh terima untuk memakannya dengan begitu rakus sekali. kesian kan

Sebenarnya banyak khasiat yang terdapat pada tomato merah ni. Antaranya (ceh! skema semacam kot ayat aku)




tomato dapat menegangkan kulit serta dapat melicinkan kulit. Tomato juga membuatkan wajah kelihatan bersih. sebabnya tomato terdapat pelbagai vitamin seperti vitamin A,C, dan vitamin E. Yang paling best tuan-tuan yea tomato boleh menghilangkan jerawat tegar di muka anda. So, apabila makan tomato muka anda akan bertukar menjadi faizal tahir.tipu


ya bagi kaum lelaki pulak memakan tomato sambil menonton kartun shin chan mampu mengurangkan kanser prostat. Sebab apa? sebab tomato ini mengandungi lycopene. So, apa tunggu laki. Sila lah makan tomato tiga kali sehari selepas makan pagi,petang dan malam




Bagi yang mata asyik melekat di screen komputer or latop..semestinya akan terhasilnya eye bag yang berat untuk memikul. Jadi anda juga disarankan makan tomato tanpa was-was.ini kerana dapat mengembalikan kesegaran pada wajah yang cun dan macho tahap faizal tahir.


Ok sekian dari Doktor coklat berapi yang tak bertauliah.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™