Monday 16 January 2012

Seharian bersama orang Brunei.


Assalamualaikum


Dah lama benar aku tak updated blog kesayangan aku ni. Ye la tengah sibuk berperang dengan final exam. Mata dah jadi kuyu mengadap buku kononya study, tapi tangan pula ligat nak updated blog. ishhh memang nak kena lempang tangan ni!

Dalam tengah sibuk berperang final exam tu, aku sibuk curi-curi masa walaupun takda masa yang secukupnya untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan Brunei yang exchange student ke tempat aku study.  Bukan apa saja bawa diorang jalan-jalan menikmati keindahan Malaysia ni. Mana tahu diorang boleh jumpa jodoh kat sini. Aku juga tumpang gembira. Tak gitu?


So, tempat pilihan aku untuk bawa diorang ialah ke Taman Botani Shah Alam. lagi sekali aku pergi dalam sebulan ni. (Kat Entry ni.) Memang dah hafal dah tempat tu sampai pak guard pun nyampah tengok muka aku yang dah terlebih over jadi tourist guide kat situ. (ayat ni takda kena mengena dengan pak guard). Dan rasanya tak payah aku mengarut dengan panjang lebar sebab masa aku amat terhad. Banyak lagi kena study beb.


kami bukan warga Malaysia tapi kami warga Brunei dan kami sangat kacak.


 Muka excited nak berpicnic.



semua nak berebut ambik gambar kat signboard  'oversea' padahal pergi Shah alam je pun.Ceh!


 Aksi gaya bebas ala comel. comel la sangat kan.^^


 kenangan bersama kawan Brunei tak akan dilupakan. Even diorang exchange student sekejap kat malaysia dah terpahat banyak kenangan . Korang pun bila student luar datang Malaysia korang kenalah pandai bagi layanan yang bagus. Tunjukkan keistimewaan budaya dan keunikan kita. Barulah anak jati Malaysia namanya. tak gitu?^^

* harris and hamdi i will miss you guys.





Monday 9 January 2012

Salahkan kaki yang tak pandai berjalan?

*entry ni aku nak membebel dengan mempunyai arah tujuan yang jelas.

Tak pandai berjalan? apa kaitan dengan kaki pula? hmm kaki aku memang ada masalah. Masalahya tak pandai berjalan dengan betul.* ketam juga yang pandai berjalan walaupun beliau  berjalan senget. Jadi di sini, secara hipotesisnya, apabila aku tidak pandai berjalan dengan betul menyebabkan banyak kasut aku putus dan rabak. Then, setiap bulan memang dua tiga kali aku terpaksa dan memaksa diri membeli kasut baru. Ceh tak bertamadun langsung! Dah terpaksa kan pakai kasut. kalau boleh pegi berjalan dengan berkaki ayam, dah lama aku tak pegi beli kasut baru tau! Kawan-kawan aku pula dah menyampah nak teman aku pegi beli kasut baru. dan tuan kedai kasut pula kemain ketawa riang bila aku selalu shopping kat kedai dia. yea la selalu melabur buat beli kasut je. Kalau macam ni bila nak save money untuk kawen nanti??err



Kawan-kawan aku pula mengutarakan pendapat masing-masing:-


kawan A: Eh! kau patut masuk kelas 'catwalk' la. Baru padan dengan kau!

kawan B: dah tak reti berjalan, tak payah nak berjalan sangat! Dok terperap kat Kolej sudah.

kawan C: Hoi jenis kaki macam kau sesuai pakai kasut tentera je.


so, bila jadi masalah ni aku sedikit mengalami masalah 'kemurungan'. tiap kali berjalan mesti kena control berlagak macam queen. dah la aku ni style berjalan macam tentera Jepun. Hoi memang menyekat pergerakan aku nak berjimba ke sana sini. memang tak puas hati wa cakap lu. Sekian.

 Tak kan nak pakai kasut boot ni dengan baju kurung??sobss=.=

Sunday 1 January 2012

Cuti-Cuti Malaysia

Sempena menghabiskan sisa-sisa baki cuti sekolah lagi dua tiga hari nak habis ni, aku merangkap kakak yang baik lagi comel telah bawa adik-adik aku bercuti. (Ok terasa ayat skema di situ!) kemain seronok la diorang. Korang bole bayangkan tak malam tu sebelum bertolak nak bercuti esok pagi, diorang dah bersiap-siap pakai baju lawa-lawa, then terus tido dengan beg bercuti tu. Esok bangun pagi terus pegi tak payah nak bersiap dah. Oh sangat la comel^^

 
Muka baru bagun tido. Dah tu terus mengamuk nak pergi cepat!! geram aku^^


Dah tu diorang yang bangun awal sangat. bukan apa dah eksited nak pergi bercuti. tak senang aku nak tido. asyik kena geletek satu badan. Grrrr memang rasa nak naik minyak je. Tapi nasib baik adik-adik aku comel. Ala sebenarnya bukan nak pergi mana pun. aku dengan family aku pergi jalan-jalan dekat Taman Pertanian Malaysia kat Shah Alam tu. Ikut rancangan awal nak ke theme Park apa entah kat Melaka tu tapi pagi tu tiba-tiba cancel sebab hujan.Bahaya hujan-hujan ni. banyak semut mengganas.^^

 
memperkenalkan tourist guide yang tak bertauliah.mak dan sepupu aku.^^ 


Ni pulak cover album kumpulan cendawan tumbuh selepas hujan! muahaha Diorang ni keje nak bergambar je. Aku pulak jadi photographer. kesian gambar aku tak banyak pun. 


 
Tempat ni best sebab ada salji. Rasa macam dok dalam peti ais cap Toshiba.

 Mak aku yang comel. Penat dia melayan budak-budak tu sampai nak senyum pun dah terpaksa!^^

Ok sampai sini la aku menaip. banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi aku busy nak exam so terpaksa pendekkan cerita. Kalau tak, mahu dua tiga part aku cerita ni biar naik darah korang baca.muahaha





© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™