Friday 14 October 2011

Ini lah tradisi Konvokesyen.

Korang tahu konvo tu pe?? ni bukan konvoi ramai-ramai nek moto vespa kaler pink okey..Ni konvo setelah berhempas pulas mengaji di Universiti then dapat la pengiktirafan. Korang dah konvo? ke baru nak konvo? then macam-macam list present korang minta dari orang tersayang. Nak bear angry bird la, nak bunga besar gedabak macam reflessia , nak menara KLCC la, nak itu nak ini..Pangg!! demand sangat! ni makan dia.!


tengoklah betapa ramainya graduan bergembira..


Tapi tapi..tu tradisi la derr...ala biasa la orang nak bear besar gedabak macam manusia pun ataupun nak request  matahari terbenam pun.Dah penat berhempas pulas kot ngaji kat universiti. sampai mata pun dah terbeliak macam mata panda. So, ganjarannya mesti la kaw-kaw punya kan?


Bila tengok orang berkonvo ni kemain cemburu macam nak hempuk muka dia kat gate. Ye la aku tak habis study lagi kan.mesti lah cemburu tengok diorang dah konvo dan berjaya kerjaya masing-masing. Eh korang perasan tak macam-macam tradisi berkonvo ni. Antaranya ialah..




Mesti nak bunga dan teddy bear yang besar. Yang kecik macam dalam gambar ni tak main la der.


Pesta lambung-melambung sampai muntah pink!






Ni aku suka ni. Junior sambut senior berkonvo. Hello jenior aku! nanti aku konvo aku nak korang  sambut aku lebih gempak dari yang ni please!!..=.=


dan yang last sekali.


orang yang tak berkonvo gatal nak beli bunga hadiah untuk diri sendiri.Then dengan bangganya ada 1 bouquet bunga nak ambik gambar show off pulak. Habis jahanam bunga tu!Muahaha nasib la.





Wednesday 12 October 2011

Dah penakut tergedik-gedik pula!

weh korang dah tengok movie al-hijab?? wahh memang aku tabik spring motor RXZ la kalau korang dah tengok. Aku? Aku kemain excited mula-mula nak tengok cite ni kat cinema. dah tu tak nak tengok pagi pula. Belagak nak tengok malam je cite ni.Kononnya hebak letewww. So al-kisahnya aku booking la tiket pukul 11:30 malam kat One Utama.Kemain nak test jiwa raga aku kental ke tak tengok cite seram ni. Seumur hidup aku der aku tak pernah tengok tau cite seram ni kat cinema der. aku layan cite shin chan je derr. Kalau aku tengok cite seram ni konfem orang dalam cinema bengang kat aku. Ye la aku pula jenis dengar sound effect pelik-pelik menjerit la macam hantu pocong kena geletekt! Puii tak remaja langsung!


Then dah booking tiket sementara nak tunggu pukul 11:30 malam aku bersiar-siar mengambil kekuatan untuk kelihatan macho di cinema. Dalam masa dok tunggu tu aku pikir balik nak tengok ke tak eh! jap nak tengok jap takut nak tengok pulak. Otak kepala kemain pikir nanti nak balik bilik roomate ada ke tak nak tido sekali..sapa nak teman pegi bilik air empat puluh lapan kali! Ceh macam-macam perasaan!

Dah tu sampai tepat pukul 11:30 aku tekad nak tengok juga cite ni.Dengan langkah macho aku ni aku masuk la ke cinema. bajet aku paling berani la tengok cite macam ni,.Puii. Then bila dah buka pintu pelan-pelan aku melangkah setapak nak cari seat.Tiba-tiba bunyi sound effect dalam cinema tu dengar bunyi hantu. Apa lagi derr aku menjerit sekuat perasaan la. Then dengan muka pucat gila aku blah balik sambil koyak-koyak tiket wayang tu. Cehh selalu macam ni time aku nak tengok cite seram je mesti tak jadi je. Sebab dia aku pun tak tahu.hahaha


sila jelous dengan muka macho saya ni!!=.=

Thursday 6 October 2011

Explorace: penat tapi berbaloi-baloi

Ini cerita lima hari lepas. Tapi tapi dan tapi weh ada Mak Ngah nak kesah cerita ni basi ke tak?? janji hado! kan?  Al kisahnya empat hari yang lepas aku bersama-sama rakan seperjuangan meng'handle'kan satu event EXPLORACE bersempena minggu konvokesyen. Penat kot sampai tido bergolek-golek tak sedar diri atas katil.Tapi der semua tu tak kisah la der yang penting best bekerjasama dalam team yang otak gila-gila meroyan..Rasa penat hilang sekelip mata bila sama-sama buat kerja sampai mata naik juling.ceh buat kerja la sangat kan! nak je aku pelempang sorang-sorang.=.=


Ini banner explorace.comel kan? kalau nak masuk penyertaan kena muka iras boboiboy okey!


Seronok tengok ragam para peserta. macam-macam je conteng kat muka tu..omey ngat bai!




Antara aktiviti explorace.membalut mumia dan men'comelkan'nya. Hoii sempat lagi minum!


Antara AJK yang comel dan rajin! puii sentap setengah jam.

Aku dapat rasakan entry aku kali ni penuh dengan gambo. sory kalau lambat loading. bukan salah ibu mengandung tapi salahkan tangan yang menggatal. ok takde kaitan! papepun best dapat handle event bersama-sama team yang gila-gila,rajin,sopan-santun dan ohsem!!

Ok sekian.


Tuesday 4 October 2011

Wordless wednesday #4

Suka main benda ni masa jadi budak berhingus!=.=

Monday 3 October 2011

Jom tambah trafik blog!


Daripada korang pening nak handle traffic jam, lebih baik korang ramai-ramai meriahkan trafik blog. Tak pening kepala, tak berhingus hidung tu. Segmen ni senang je just buat entry pasal segmen ni dan post. Simple kan?? Tarikh tutup 5/10/2011. tak lama dah tarikh tutup. So cepat kan lah tangan anda menaip entry ni selaju harimau kumbang mengaum.

 Segmen ini di taja khas oleh salwa ismail

© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™