Tuesday 27 December 2011

SEGMEN BLOGLIST EXCHANGE & REVIEW UR BLOG

Di kala hujan tengah renyai-renyai membasahi bumi KL menjerit petang ni ..Di kala aku bertungkus lumus menghabiskan 'sepotong' cekodok, jari jemari aku dengan lantas menaip untuk   join segmen ni. Hoi hiperbola je lebih! Ok Segmen ni menarik perhatian aku sebab 2 in 1. Lebih kurang kalau korang menyelam sambil minum air la.  Dah! tak perlu aku bazirkan masa menaip panjang lebar! So, korang jom join segmen ni.yang di bawa khas oleh THE KIZ'S GARDEN

                           First segmen:

                            
 
                               Second segmen:


 Tak payah la kot aku sertakan syarat-syarat. Korang terjah je blog THE KIZ'S GARDEN. Baca sendiri syarat-syarat kat sana. Yang penting korang kena ingat due date pada 12 JAN 2012. Bagi pendapat aku join segmen ni kita dapat kenal blogger yang lain then pada masa yang sama dapat tingkatkan trafik. Kan? kan? ^.^

Sunday 25 December 2011

Wabak bila Exam


 Amaran: Entry ini berbaur wabak atau virus Exam. So sila berhati-hati bila membaca kelak!

Korang pernah dilanda demam exam? ala nipu benor kalau tak pernah kan? bila nak exam badan seram sejuk je rasa. nak makan pun takde selera tapi boleh pulak melantak nasi kandar empat lima pinggan! kan?? time nak dekat-dekat exam tu macam-macam pantang larang kena jaga kan? time aku kecik-kecik dulu macam-macam mak aku bebel!! jangan makan megi la, jangan makan keropok mamee la! tapi aku makan jugak! tu pun makan sorok-sorok bawah katil empat tingkat. muahaha

Sekarang ni aku dah besar sikit! sikit je. dah aku besar kecik besar kecik ni, macam-macam persiapan aku buat untuk exam ni.  Korang tak payah  cakap pasal persiapan study la! memang tak pernah nak siap-siap juga aku study! Aku sebenarnya memang suka buat persiapan membeli-belah alat tulis je time nak exam ni. Alat tulis je lebih. Bajet nak tulis jawapan exam macam tulis novel la kononya!! ceh! tapi setiap kali tibanya exam, setiap kali tu la hati beronok-ronok nak beli alat tulis baru! mengalahkan budak nak masuk tadika!


  tiba-tiba semangat nak jawab exam bila tengok gambar ni.^.^ 


 
 Peta perjalanan ke rumah cik kiah. *ok tipu!


Korang semua macam mana pula persiapan bila time exam?? Kongsi-kongsi la^.^

Thursday 8 December 2011

Hal yang remeh-temeh jangan di besarkan.

Tadi aku on Facebook, ramai kawan-kawan aku post video ni. Jadi, aku nak share video ni dengan korang. Bila menghayati dan penuh ekspresi mimik muka menghayati video ni aku tersentuh hati. Sedih. lebih sedih berbanding tengok cite ombak rindu. Sobss sobsss. Video ni banyak iktibar, pengajaran yang perlu kita ambil contoh. 

Amaran:sila hayati dengan penuh penghayatan yang mendalam untuk menjiwainya!


 

Orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;


 P/S: ikatan Ukhwah lebih penting dari hal yang remeh-temeh. Hal yang kecil janganlah dibesarkan.^^

Monday 5 December 2011

Melepas tension dengan makan makanan Korea.

korang tension? Pernah tension? kalau korang nak hilangkan tension selalu la terjah blog gua yang comel  macam ayam berak kapur ni. konfim tension korang hilang sekilap mata. muahaha.Ok berbalik cerita sebenarnya. cerita ni sebenarnya dah lama basi. Ahh tapi apa gua kisah?? suka hati jantung paru-paru gua la! Lu jangan masuk campur!

Ok!! oleh disebabkan hujung minggu aku terganggu disebabkan kelas ganti iaitu kelas bahasa Korea. selama 7 jam oiii.Aku rasa amat tension dan waktu tu macam nak cekik orang 28 jam je!! Tapi.Tapi.Tapi di kala aku dilamun tension mujur la lecturer korean aku yang comel macam Yoona Snsd nak belanja aku dan kengkawan makan makanan korea. Tiba-tiba rasa kalau ada kelas korean sampai dua tiga hari pun aku tak kisah..muahaha 

Inilah muka lecturer aku*tipu

Ok tak nak taip banyak-banyak entry kali ni.Korang bukan nak baca pun. Ceh! Sila jegilkan mata anda bulat-bulat untuk menikmati makanan yang mengiurkan.

Muka "excited" haruslah ada tanda seronok kelas di hujung minggu.



Classmate aku. bab makan memang tekun dan laju.=.=


Korean food. Makan sampai penuh tangki perut.




Ni makanan aku..semestinya Bulgogi.(불고기) maksudya api daging.불 (api) dan 고기 (daging).nak lebih jelas baca DI SINI

Ok tu je la gambar yang sempat aku ambik. Tak banyak gambar yang aku ambik sebenarnya memandangkan lapar tahap gunung berapi nak meletup dah. Tak kisah dah pasal nak pose maut depan kamera tu. hah korang patut cuba juga makanan korea ni. tapi kena pilih restoran yang halal la. selamat mencuba. 



© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™