Thursday, 22 November 2012

keseorangan. Forever Alone.



Assalamualaikum.

keseorangan. Alone. Sunyi. Hambar. itulah kata-kata yang sama makna seangkatan dengannya. Tapi keseorangan di sini bukan bermakna life korang kosong macam tin biskut yang kosong. bukan bermakna life korang tidak gembira, suka atau pun duka sama seperti life orang lain. makna yang sejelas-jelasnya di sini ialah korang cuba memencilkan diri dari orang lain, lari dan terus berlari dari kehidupan sosial buat sementara waktu.


kadang-kadang kan hidup ini korang tak rasa ke perlu pergi jauh-jauh ke sesuatu tempat dan mengasingkan diri buat sementara. ala kejap je. tak nak contact dengan sapa-sapa. tak nak communicate  dengan kawan-kawan, jiran-jiran, makcik jual karipap, pakcik dollah, makcik senah dan sewaktu dengannya.


seperti aku, kadang-kadang aku suka keluar jalan-jalan sorang-sorang. pergi ke sesuatu tempat ikut ke mana kaki aku melangkah bak angkatan tentera mahu berperang. eh tak! kadang-kadang macam samseng juga aku jalan bro! tapi tu tak  jadi masalah bro. janji bila aku keluar sorang-sorang hati aku tenang, otak aku tak serabut. kepala lutut tak longgar. settle.


nak tau aku pegi ke mana? kadang-kadang aku pegi lepak, duduk dan berdiri di taman-taman,tasik, ataupun di mana-mana tempat public. untuk apa? saja melihat gelagat,tingkah laku, personaliti sesorang. kadang-kadang kan benda ni nampak buang masa, buang karen dan buang angin. tapi boleh terhibur la bro! tengok budak-budak kecik baru berlatih kayuh basikal. oh comel dan kelakar kot. time tu la teringat macam mana aku kecik-kecik dulu susah payah belajar kayuh basikal sampai demam 3 , 4 kali dan akhirnya berjaya. Fuh satu kepuasan abadi. benda-benda dan kenangan macam ni la kita akan ingat, kan? kan?


hah nak tau ke mana aku pegi lagi? kadang-kadang aku pegi melihat keindahan alam. menghayati pemandangan. melihat kebesaran yang Maha Esa membuatkan diri aku bermuhasabah diri. betapa kerdilnya aku sebagai hambaNYA. membuatkan aku leka dan alpa seketika yang aku berada di dunia. ya bumi ini. yang penuh pelbagai cerita suka dan duka. melihat pemandangan bertapa gahnya KLCC, betapa besarnya bukit-bukau. membuatkan aku terpegun dan terpesona. hah tetiba ayat aku macam layak je buat novel dua tiga ketul buku. Heh mimpi ngeri!




    
    ini broga hill. tanda kejayaan aku mendaki setelah semput kemaruk tulang sendi.=.=


Tapi.Tapi.tapi kita tak pernah keseorangan. kita ada parents, kawan-kawan, dan jiran-jiran yang sentiasa mewarnai hidup kita di atas muka bumi ini. yang paling penting, kita ada ALLAH yang sentiasa bersama  kta tidak kira sama ada dalam keadaan  bergembira ataupun bersedih. betapa ALLAH menyanyangi kita.^^


7 comments:

  1. Uik lm x update! Ok ka ? Best nya nek Broga Hill ... selalu plan xjadi pi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan Ty: kan dah lama xupdate blog ni..hehe..Ala nanti jom buat trip pegi sana..^^

      Delete
  2. pernah naek broga..
    best..
    balek tu sggah air terjun.
    mmg best laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mieza: eh ada air terjun ke?xprasan la..heee;p

      Delete
  3. lame rase nye tak pegi hiking ..ntah ade ke tak stamina ni lagi ...iyarrrhh .. :)

    ReplyDelete
  4. cam seronok aje tempat ni kan, zuha pernah pi kat area situ but hanya stop at rabbit park...coz bringing kids alaong kan....mungkin satu hari nanti...yeay

    ReplyDelete
  5. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete

© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™