Saturday 14 December 2013

TIPS TERSESAT KETIKA MEMBELI-BELAH.

Assalamualaikum.

"Shopping" ??. Teruja benar aku kalau dengar perkataan membeli-belah atau "shopping" kan. Bagi dalam kalangan wanita seperti aku ya memang perkataan "shopping" itu dapat memberi ketenangan jiwa yang kian abadi. dapat release stress kot. kaum lelaki cakap la apa pun, kami tak kesah! hati dah kembang berbunga ni.

Heh! kalau tinggal kan aku empat puluh empat hari dekat satu shopping mall pun aku tak kisah. sangggup beb. kalau tak ada teman pun aku tak tak ada hal punya la. Shopping sensorang lagi best. Boleh belek-belek baju vogue, dress cantik-cantik bagai puteri lilin, handbang, kasut dan segala mak nenek la. oh nikmatnya ketika itu.

Dan satu je perasaan yang aku tak suka semasa pergi ke mana-mana shopping mall ni. Tambah-tambah shooping mall yang besar gedabak, ada banyak tingkat, dan ramai orang.  
kalau main sorok-sorok konfirm mati kebulur jawabnya. 

Berbalik semula cerita asalnya. apa perasaan yang aku tak suka bila ke shopping mall? 
mesti kau orang pun punya tabiat macam dan perasaan macam aku kan? perasaan yang aku tak suka ialah selalu lupa parking kereta kat mana. Benci tau bila dah habis shopping dan berjimba-jimba, mula la aku pening kepala dan sakit hati bila  parking kereta tak jumpa. pernah tau aku  dekat setengah jam cari parking kereta tak jumpa. dalam hati dah nak meroyan macam orang hilang anak kucing.  hah nasib!

jadi, apa tindakan yang perlu aku buat? senang saja ada dua langkah ye kalian. semudah ABC.


1) ambil gambar sendiri di tempat parking dulu


aum rasa aura fresh dan excited bila nak shopping. eh!



2) dan barulah ambil gambar di mana anda parking kereta anda.



Tips: nak ambil gambar signbord biar jelas. kalau tak nahasla kau orang nak cari parking kereta nanti.

Itu sahaja tipsnya bila tersesat nak cari parking kereta bila pergi shooping tak ingat dunia. Boleh amalkan selalu ye. Amalkan selalu pergi shopping. EH!

Sekian.

1 comment:

© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™