Saturday 18 February 2012

Blogger-blogger sekalian harap maklum.

hai blogger-blogger sekalian. Para bloggger yang hebat lagi menawan mata hati dan jantung saya. Di sini, buat malam yang nyaman lagi sejuk ini saya hanya menaip untuk menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap blog saya sendiri. Oh ayat saya sangat la skema macam tulis exam karangan bahasa melayu!!  Berbalik kepada entry aku kali ni. Aku merupakan blogger yang jarang update entry aku tapi aku merupakan silent reader para blogger termasuk kau dan kau! Yes aku suka membaca terutamanya kat blog. Aku suka tengok dan baca life kau orang. Aku suka baca tips dan macam-macam lagi la. Dan aku biarkan blog aku ni bersawang selama beberapa hari. sedih bukan? Bila aku bandingkan blog aku dengan blog kau dan kau aku rasa sangat la jauh dan kerdil sekali. Banyak lagi yang aku perlu belajar dari para blogger lain.

Nak tahu sebab aku jarang update entry? Kau orang mungkin mengalami masalah dan situasi yang sama macam aku. mungkin la kan. Antaranya ialah:


# kekangan masa
Life aku sebagai student yang "sibuk" kadang- kala menyekat aktiviti aku untuk berblog. Tapi masalahnya aku tengok blogger lain boleh je update empat lima enam entry. Ke aku yang tak pandai arrange masa ataupun aku sibuk mengalahkan perdana menteri??



# Tak da idea
hah yang ni aku tak suka. Time aku tak busy kemain idea tak da pulak! tapi time aku busy macam lipas kudung pula, idea kemain mencurah-curah ke langit. Dah tu masa nak taip entry xda pula. Memang tak berjalan la aku taip entry jawabnya. Benci tau!!



# Life aku tak best macam kau orang
Aku ni banyak menghabiskan masa terperap dalam bilik atau lebih tepat aku ni jarang keluar. Puteri lilin kononnya.Haha. Pergi kelas,  bergosip-gosip dengan kawan-kawan kejap dua tiga jam then tidur. Sangat tak best kan? Dan aku sangatlah jeles tengok blogger lain ada life yang sangat best. Diorang join event dengan blogger. Aku nak macam tu tapi aku segan dan malu.Kau orang tak nak ke ajak aku? Erkkk!^^


#Internet lembab
Aku paling tak suka juga internet kat kolej aku ni. Dah bayar tapi lembab mengalahkan siput sedut. orang nak buat kerja berfaedah cari maklumat pun terkandas. Dah tu aku pun malas la nak online. Tutup latop terus tidur golek-golek lagi best. Tak menyakitkan hati. Kan? kan

Hmm tu la sebenarnya ketidakpuasan aku yang selama ini terpendam beribu sesalan. Walaupun aku jarang update entry tak semestinya aku tak aktif blog. Aku ada je memerhatikan kau dan kau semua. Dan aku merupakan silent reader kau dan kau juga. Harap maklum.^^


semenjak tak updated entry rasa berat badan makin naik. erkk apa kaitannya??

10 comments:

  1. 우리 형...!!! ko mmg gemok pon! lalalaalalala

    ReplyDelete
  2. Nor Alinah@ xpe nti selalukan update..hehe

    cakoi@ oii nak mkn selipar ke ha?:P

    ReplyDelete
  3. kakak sulong saya ni mmg pemalas kalau bab2 update entry..alasan je semua tu..hehehehe :P

    ReplyDelete
  4. hahah bab tenet lembab tu mmg 24jam kot.
    haha

    ReplyDelete
  5. internet lembab mmg paling x best skali ;)

    ReplyDelete
  6. konfem mood ilang kalau internet mcm siput tersedut2

    Jemput join...Jom Exchange Bloglist Dengan BLOG RILEK-RILEK
    --> http://rilekrilek.blogspot.com/2012/02/jom-exchange-bloglist-dengan-blog-rilek.html

    ReplyDelete
  7. xde idea punca utama.hahah

    ReplyDelete
  8. saya punnn. selalu takde idea. huhu

    ReplyDelete
  9. kalau internet lembab mmg masalah la kan...hee~

    ReplyDelete

© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™