Wednesday, 10 August 2011

Perpisahan ini..menyedihkan dan menyakitkan..


Sedih, perit, sakit bila perpisahan terjadi kan.kan..ibarat bumi dah jadi gelap-gelita tanpa kewujudan sang suria. Macam tu la aku rasa apabila aku sedang enak feeling lagu perpisahan ini yang di nyanyikan oleh Aizat Amdan special untuk aku! muahaha perasan.

Aku tetiba terpikat, tersuka, dan terpersona dengan lagu ni taktala aku mula menonton drama LAILA MANJA di TV3. Agak best drama ni. Bagi aku la. Banyak konflik yang berlaku menyebabkan aku teringin memakan cornflakes di siang hari.. Yang pastinya aku suka tengok watak Nabila Huda yang watak 'jahatnya' memang menjadi kaw-kaw. Ya dop? 



So, korang ce feeling lagu ni tengok! sentap jiwa mak nak...sobss..sobsss
    





Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

P/S: sedih kan..amat menikam kalbu...sobss..sobss.benci tau.



Tuesday, 9 August 2011

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2

Assalamualaikum..


Kemain aku kalau Ben Ashaari buat segmen je aku mula la teruja segala bagai nak join meng'join' ni. Kot-kot la aku boleh tumpang femes beliau juga. Muahaha. Korang dengan segala segan silu sila lah join segmen Ben Ashaari ni. Join je menaip banyak tak guna juga! ya dop??

Blog aku ni baru ditubuhkan sebulan lepas. Blog ni aku dirasmikan dengan jayanya oleh aku. Yah korang tengok blog aku memang simple sangat kan. Aku ni tak pandai sangat nak hias-menghias guna Teknologi IT segala bagai. Tapi aku tak akan putus asa menyelongkar dan memperbaharui blog aku agar lebih baik pada masa hadapan! (sambil angkat kaki laju-laju tanda berikrar)

Ini antara blog yang aku berjaya geledah..

ourkizuna     => blog simple bak kata senang nak load segala bagai..hehe
amyliana86   => blog yang comel dan kreatif...i like pink walaupun blog i tak warna pink..ahaha
cthaslinda      => suka doodle beliau buat..comel kemain!!
farizaothman     => blog yang elegant, kemas teratur gitu..


So, uncle, makcik, kakak-kakak jom join segmen ni untuk mendapat kenalan segala bagai
P/s: nanti aku a view blog kalian semua okkk....tungguuuuuu!!!


When I asked...Then HE gave me....


Assalamualaikum..

I asked  and always asked Allah..!! Oh Allah..please give me...

  • Love
  • Favours
  • Strength
  • prosperity
  • wisdom





               But he gave me....??????

  • love          => trouble people
  • favours     => opportunities
  • Strength   => difficulties
  • prosperity => Brave and brown to work
  • wisdom    => problem to solve


Hmmm...... i received NOTHING i wanted!!!


BUT!!!  I received everthing i NEEDED....Amin...peace!;)

Monday, 8 August 2011

Jom Tambah Follower


Pagi-pagi buta taktala eksited untuk menunggu sahur nanti... apa kata kita ramai-ramai join segmen mr.aril ni. Dapat gak faedah menambah dan berkenalan sesama FOLLOWER yang hot-hot dan meletop bak gunung berapi tu...Dah tak payah cakap banyak! Aku suruh join so join je la! Kejam!


Sunday, 7 August 2011

Popia Goreng..cara orang malas membuat popia goreng.

Assalamualaikum^.^

Oh bulan puasa ni macam-macam makanan je aku nak masak. Seronok rasa dapat menyediakan masakan berbuka puasa untuk family tercinta. Tambah-tambah tengok family makan dengan begitu tekun lagi berusaha membangkitkan aku untuk terus berjuang menyediakan masakan ketika berbuka puasa. Sememangnya makanan yang aku masak amatlah sedap sekali. Ahahaha keji!

Semalam aku terasa amat malas sekali. Entah la aura mana yang menyampuk aku untuk kelihatan malas. So, aku telah menyediakan POPIA GORENG MALAS untuk santapan ketika berbuka puasa. Walaupun popia goreng ni malas tapi orang yang memakannya sangatlah rajin sampai habis popia tu diratahnya..

Ini antara bahan-bahannya. aku pakai sardin je sebab dah nama pun popia goreng MALAS! ahahaa


 yang ni siap digoreng dn boleh la makan sambil baring bergolek-golek malas seperti popia goreng malas....


 ni saja yang sempat aku share secara malas~~~

Selamat mencuba...;)


Tuesday, 2 August 2011

Keistimewaan buah kurma


Enak di makan begitu saja.

Buah kurma banyak terdapat keistimewaannya tak kira lah kan buah kurma cap Yusoof Taiyob ke cap omar ke.. engkau kena makan jugak sebab musababnya la. 

Kurma digalakkan makan ketika berbuka puasa. Ini kerana membantu tubuh kita untuk lebih bertenaga ketika berpuasa selain menambah kandungan zat gula. Rasullullah juga mewasiatkan agar umatnya memakan kurma ketika berbuka puasa. 

sesungguhnya Rasullullah bersabda;
“Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). 

Jadi mari kita mengikut sunnah Rasullullah dengan memakan kurma ketika  berbuka puasa mahupun semasa sahur..

P/S; manis tak kurma ini?? 

Hidangan berbuka sosej pulut babi..geli tekak aku!!

Sosej bakar. Korang selalu makan? Aku penah gak makan sosej ni tapi dah lama. Nasib baik aku kurang sikit makan sosej alah ni. Tapi semalam waktu ke bazar Ramadhan ada juga adik aku beli untuk juadah berbuka. Dia cukup suka makan sosej alah ni. Tapi sosej ini dikatakan tidak halal kerana mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. Wekkk geli geleman dah tekak aku ni!! serius sebab aku dah penah makan,..euwwwww



Sosej alah ni sebenarnya di masuk secara haram di negara kita melalut Thailand. Senang je kan penjual jual sosej ni tanpa tengok status halal atau tak. ni silap kita juga. kita kena barhati-hati waktu berbelanja di bulan ramadhan kan..kan. Korang boleh baca lebih lanjut tentang sosej ni di Metro Online

P/S: makan makanan masak sendiri lebih baik kan dah tahu status memang sah HALAL..;)
© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™