Sunday, 31 July 2011

Coklat berapi featured in Kosmo....


Assalamualaikum

Dah agak bersawang dan berhabuk blog aku ni. Agak dua tiga hari aku tak update cerita baru kan. Rindu gak kat blog buruk aku ni. Mesti korang rindu cerita-cerita panas sensasi aku kan? kan?? ahaha. Bajet ada ramai orang nak baca blog dia latuewww.

 Sebenarnya aku baru je balik dr Kuala Lumpur sebab di jemput menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di rumah Perdana Menteri di jalan Duta baru-baru ni. Best kot nak cerita kat korang boleh menjejakkan kaki dan kepala ke rumah kediaman Pm ni. Tak payah la beratur panjang-panjang nak jumpa kan. Siap dapat makan meja vvvvvip lagi latuewww.. Jeles mak ngah!ahahah

Aku ke sana sebab adik aku ni ha menang peraduan esei yang aku cerita kat entry lepas. kalau nak baca KLIK SINI . Aku ada gak ambik gambar sensasi time kat majlis tu tapi aku ni jenis liat nak upload gambar. Berukband lambat gila mengalahkan kura-kura yang tengah berjogging. So, korang tak boleh tengok la gambar aku yang seksi macam faizal tahir tu...ahahaha

Jadiiii tengok la muka aku macam buah nangka separuh masak dalam Surat khabar kosmo ni. Tumpang glamerrr latuewww!!

Pija gembira pantunnya pikat PM





Adik aku ni pemalu. Time wartawan interview aku pula kena jawab! ceh pandai masuk peraduan ni peraduan nu time jawab tak mo pulak..(padahal aku suka kena interview). Kalau korang nak baca selanjutnya boleh baca di kosmo online

P/S: Adikku..next time masuk lagi tau peraduan. Nanti menang boleh bagi hadiah kat kakak lagi..Ahahaha


Monday, 25 July 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?


Huh aku baru start nak berblog then terbaca la segmen ni. fuh nasib baik sempat join lagi kot. Korang dengan ikhlasnya di persilakan mengkritik secara berapi terhadap blog aku. kamon la beri la kritikan yang membina, yang berapi-api. Aku dah la budak baru belajar gelak guling-guling kat blog ni. So, aku harapkan korang dapat mengkritik dengan seikhlas-ikhlasnya. Aiman tak kisahhhh!!!~~ Kalau yang nak join masih sempat lagi KLIK SINI

Sunday, 24 July 2011

Pija Shafiza pemenang termuda Pertandingan Poskad dan Esei Hari Jadi PM ke-58 tahun 2011

Nah pagi-pagi buta asyik tengok Utusan Malaysia online . Haha mana taknya adik aku menang esei sempena Hari Jadi Pm ke-58. Adik aku kot! bangga kejap..heee. Sebenarnya aku tak tau pun dia join esei ni. Dia suka bertindak sorang-sorang. Masuk peraduan tu peraduan ni tak bagitau kakak dia ni. Huh sampai hati .Aku tak nafikan dia memang kreatif. Kalau ada buku kosong ada saja la dia reka-reka buat komik ke, tulis pantun ke syair ke. Pehh memang dia gunakan buku tu sepenuhnya.( tak rugi duit tabung ayam aku pecah beli buku kat dia)



P/S: i-phone tu bagi dekat kakak yang comel ni yea budak-budak tak boleh main. hahaha

Oh Perut buncit!

 Alahai kau perut time cuti sem ni juga kau nak mengembang bak belon yang ditiup-tiup.  Aku dah la malas nak excercise ni sebab tu la perut buncit semakin menjadi-jadi ni! Mana taknye makan tido..tido makan je. lepas tu perut buncit kau kecoh satu kotaraya pula yea! sampai hati kau! (Monolog dalaman aku).


 Lepas tu kecoh lagi kau nak pakai baju dah jadi sarung nangka busuk. hambik kau padan muka 23 jam setengah...!! So, sekarang ni baru tergagap-gagap nak buat excersice segala bagai kan. Haha. Bukan main awal tu aku semangat gila nak excersice siap tak tido malam punya la excited tahap meroyan.!! Lepas selang dua tiga hari tu perut buncit ke mana excersice ke mana! ceh!!


Aku ada la baca satu artikel ni. klau tak nak perut buncit amalkan excersice 'sit up'. cara ni pun dah cukup nak dapat perut ketul-ketul ala Faizal Tahir...erkkk!! So, korang yang perut buncit tu amalkan la selalu buat 'sit up' ni.


ni contoh 'sit up'. Amalkan selalu 3 kali sehari sebelum makan.




muka tengah cover perut buncit! muahaha


Ok selamat beramal..~~~

Saturday, 23 July 2011

Ramadhan Giveaway


Sempena bulan Ramadhan yang MULIA ni  jangan la kita nak naik 'berapi' sangat yea! So untuk mengurangkan berapi korang tu mari  kita sertai Ramadhan giveaway . Tarikh tutup adalah pada 20 Ramadhan. Haa sempat lagi korang nak join tu. Boleh la menang hadiah duit tu kan.. Lepastu guna duit tu buat beli coklat berapi..kan? kan? Errkk!!

Ok bye..

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...



Heiiiii!! Coklat berapi memang berapi sangat-sangat bila tiba time weekand ni! kau jangan nak main api ngan dia. Silap hari bulan coklat berapi campak kau dalam gunung berapi! hambik kau. Kalau kau tak nak bagi dia berapi lebih baik kau join segmen ni LULU CALDINA

To LULU CALDINA;
 Coklat berapi rasa teruja sangat join segmen awak. Harap dapat kawan-kawan dengan lebih ketat!! muahaha

Friday, 22 July 2011

Lu ada kenal ka itu Shila Amzah?????

Lu ada kenal itu Shila Amzah?? Ada kenal??  Haishh ni ha cerita aku pagi tadi asyik terngiang-ngiang kat kepala otak aku. tension kot! Al-kisahnya macam ni. tadi aku saja jalan-jalan cari pasal round area supermarket kat Kangar ni. Then aku ternampak la booth ni SAFI BALQIS iaitu produk kecantikan wanita.


 Aku pun singgah la nak beli produk ni memandangkan aku memang pengguna tegar produk alah ni. Then ada satu promoter auntie Chinese ni asyik nak usha-usha aku beli barang je! Kadang-kadang jeling manja ada jugak! Apahal tak puas hati meh? Tiba-tiba dia dekat dengan aku. nak tau apa dia tanya???


Promoter: Lu ada kenal Shila Amzah??


Coklat : Ya ada-ada (aku jawab acuh tak acuh sebab tengah cari toner muka)


Promoter: Aiyaa Shila Amzah penyanyi terkenal la. Lu ada kenal meh??


Coklat : ohh itu Shila Amzah saudara i kat kampung meh (tipu)


promoter : terus diam tergolek-golek then bagi aku risalah ni.




Huh nak bagi risalah ni rupanya. nasib baik aku tak call abang long besar aku! Kalau tak ICU la auntie tu.erkkkkkk!!




Aku pengguna tegar produk alah ni. Tu muka aku macam faizal tahir. Sila jangan jeles! muahaha


P/S: Lu ada  kenal  itu Shila Amzah?? Ceh malam ni aku tido mimpi auntie tu gamaknya!!!grrrrr
© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™