Tuesday 16 August 2011

Kempunan nak kad raya

Sudah berabad-abad lamanya asyik kempunan nak kad raya sampai air liur meleleh mencecah langit.Sobs..sobss. Kesian kan dah lama kot aku tak dapat kad raya. Dulu tiap-tiap hari dok tunggu abang posmen hantar kad raya. Dengar je bunyi motor terus lari lintang-pukang mengalahkan pelesit ingatkan posmen yang datang tapi apek jual ikan!! ceh! dulu aksi aku kemain amat teruja benor dapat kad raya mengalahkan monyet yang dapat bunga. Pastu kemain heboh serata kampung dan kawan-kawan yang aku dapat kad raya banyak tahun ni. 


Weh Dollah!! aku dapat kad raya banyak. Faizal tahir pun hantar dekat aku!!

Dollah kau hado banyak ni kad raya?? tak de kan..!(sambil muka belagak tahap monyet dapat bunga)                          


Sekarang???


 Tu lah akibat kecanggihan teknologi IT yang begitu drastik  sehinggakan abang posmen dah boleh duduk goyang kaki sambil makan coklat dengan enaknya. Amalan tradisi hantar kad raya melalui posmen semakin di lupakan. waa sungguh kesian kan. Hmm..tak best la sekarang aku dah tak dapat kad raya realiti lagi. Dah tak dapat kad raya dari peminat-peminat di luar sana .(sila muntah kuning).sekarang kad raya aku dapat dari dunia maya je. tak boleh pegang dan rasa segala bagai.Apatah lagi nak gantung-gantung kad di dinding rumah sambil belagak angkat-angkat kening sebelah . Dulu dapat kad raya banyak-banyak boleh la gantung kad dinding rumah. Ni tak sekarang dapat kad raya dari laptop atau handphone..Tak kan aku nak gantung handphone kot kat dinding!! mau mak aku bagi pelempang terus masuk ICU empat puluh hari.


Tapi tak boleh salahkan IT kan?? IT yang menyebabkan kita semakin maju hanya dengan menggunakan jari je seperti iklan rambut pantene tu. Salah satunya sebab penghantarannya amatlah cepat dan mudah. Bak kata boleh hantar dengan cepat ke seluruh dunia hanya beberapa saat je. Tak payah pakai setem segala bagai kan. Walaupun susah aku tetap suka abang posmen tu.tetiba




ok sekian surat cinta aku untuk abang posmen!=.=

2 comments:

  1. Misz setuju. Orang sekarang ni sume nak senang. anta kad raye maya je. Anyway, Misz still prefer kad yang biase jugak.

    ReplyDelete
  2. yup..nanti kita berbalas hantar kad raya yea..hehe=.=

    ReplyDelete

© Copyright 2013 | Full Edited by ✿ Nurulchumel's Design ヅ | All Rights Reserved™